Assalamualaikum...
"MALAM ni nak masak apa?" Menjadi rutin setiap hari kena tanya Pak Inche plan untuk makan malam.
"Nak makan luar ke?" Tanya Pak Inche semula.
"Nak masak boleh, nak makan luar pun boleh," Padahal dalam hati tu dok doa.. makan luar.. makan luar.. makan luar.. hahahaha.
Ya Allah, punyalah malasnya nak masak sejak tinggal berdua ni. Alaa.. dari dulu pun memang pemalas nak masak, kan. Pakkal aje malas nak pakai lelawo. Ialah, kita orang perempuan bukan boleh main sarung macam lelaki. Kita orang perempuan, macam-macam nak kena sarung sebelum keluar rumah, huwa huwa huwa.
Kisahnya Pak Inche teringin nak cuba makan di Nureeza Pinky Tomyam yang terletak di Setia Eco Garden, Gelang Patah. Ni, belakang taman rumah kami aje, tak sampai 10 minit dengan kereta, dah sampai depan kedai yang dilatari cahaya lampu kalimantang berwarna-warni.
Kami memilih makan di kaki lima kedai. Ramai juga pelanggan yang datang, boleh dikatakan tak putus-putus. Tak lama duduk, kami didatangi staf restoran yang mengambil pesanan. Kali ini, Sk dah ingatkan berkali-kali dengan Pak Inche supaya tidak memesan berlebihan.
Tiada dalam gambar, Sayur Kailan. Pehh.. empat jenis jer ambil lauk, hahaha. Tu pun jenuh nak habiskan isi tomyam. Pak Inche macam biasalah, kalau dia kata tak nak, tak naklah. Kita ni sayang pulak kalau tak dimakan, beli tu!
Teringin nak rasa Ikan Tiga Rasa atau Samrok di sini.
Sambal ikan seperti telah dimasak awal, masakannya sedap tapi memang susah nak jumpa masakan Samrok yang sedap selain di Sayam Stulang. Nantilah, Iman balik kita makan kat Sayam, okeh.
Aaaaaaaaaaa.. Tak sabar nak tunggu Iman balikkkkkkkkkk!
sedapnyaaa
ReplyDeletehttp://sayesyadiya.blogspot.com
makan berdua je kan.. banyak juga tu SK
ReplyDeleteassalamualaikum seri...wah !! sedap n seronok makan berdua...
ReplyDeleteEnaknye menjamu selera
ReplyDeleteKat Kota Masai ada nama kedai Pinky Tomyam ni, agak sama ke tak ek kedainya...masa tu pergi makan bingsu...memang sedap..
ReplyDeletealamak orang GP belum pernah mencemar duli ke sini ekekeke
ReplyDeleteeh patut la rasa macam familiar, pernahh pergi makan bingsu dengan sis lin tu
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*