Assalamualaikum...
PAGI ni Sk bersarapan di Senai. Lepas sarapan tu, Cik Embun cakap, cerita Pusaka dah keluar, kan. Sk pun teringat tayangan umumnya bermula semalam. Memang dah berangan nak tengok dengan Iman tapi Iman lagi seminggu baru balik uui, lambat lagi nanti dapat tengok.
Nak tengok tak? Sk tanya Cik Embun. Lepas tu Sk cepat-cepat login website GSC Cinema tengok masa tayangan. Paling awal jam 10.30 pagi, tengok jam di tangan baru 9.55 pagi, ada 35 minit lagi lebih kurang, fikir sekejap.. terus Sk beli dua tiket, hahahhaha.
Ngam-ngam 10.30 kami sampai di Paradigm Mall, gedebak gedebuk terus masuk panggung, nasib baik waktu siaran iklan belum habis. Sempat jugaklah redeem pop corn dan soft drinks dan duduk dengan selesa sebelum filem bermula.
Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 34 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein
Pengarah: Razaisyam Rashid
Format: 2D
Apa yang mengheret Sk untuk menonton cerita inj di pawagam? Tentunya Kak Ogy kesayangan yang membawa watak opah. Dengan latarbelakang tempat di Perak, filem ini membawa kita menjejaki sebuah banglo usang yang terletak di belakang kuari milik keluarga bapa Balqis dan Qistina.
Syafiq Kyle dan Mimi Lana membawakan watak sebagai adik beradik kembar iaitu Nur dan Nuar. Nur terlibat dengan dadah dan berada di pusat pemulihan manakala Nuar merupakan inspektor yang menyelesaikan kes pertemuan kembar yang dikurung itu.
Setelah itu, kehidupan Nuar mula diburu misteri di mana Nur juga dapat merasakan misteri yang dialami oleh Nuar. Siasatan Nuar semakin menemui jalan buntu apabila seorang demi seorang ahli keluarga Balqis dan Qistina mati.
Apakah yang berlaku sebenarnya kepada Balqis dan Qistina? Dan dapatkan Nuar menyelesaikan semua misteri yang menyelubungi sehingga mengorbankan Nur?
Lakonan setiap pelakon dalam cerita ini tidak menghampakan malah Sk kagum dengan persembahan Syafiq Kyle yang berjaya menjiwai watak dengan baik. Tidak kedengaran dialog mengikut skrip atau dicemari pelakon kayu, semuanya menampilkan lakonan dan perbualan yang bersahaja termasuk tiada unsur formal dalam perbualan polis .
Cuma watak Faizal Hussein sebagai pegawai atasan Nuar agak sedikit kureng mungkin kerana loghat Peraknya yang sedikit sumbang.
Pergilah menonton filem ini di pawagam, ia merupakan filem seram yang ada jiwa bukan hantu semata-mata.
Sk bagi 5 bintang.
Macam best jer ni...nak ajak Dania pi tengok la...itupun kalau dia nak
ReplyDeleteGood artcile, but it would be better if in future you can share more about this subject. Keep posting. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...
ReplyDeleteNak tengok gak laaa , kena tunggu Sunah sebab dia geng wayang cite horror Lin hahahaha
ReplyDelete
ReplyDeleteAdmin numpang promo ya.. :)
cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
banyak kejutan menanti para temen sekalian
cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
F4ns Bett1ng
"JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM
DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^
Saya pasti watak Faizal Hussein sebenarnya yg beliau bukan melontarkan pelat Perak tetapi pelat utara,disini perlu diperjelas bahawa loghat asli Perak adalah seperti yg ada filem-filem Mamat Khalid antaranya sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah.Syabas kpd Faizal Hussein kerana mampu melakonkan dialog dgn baik.
ReplyDeletesebenarnya teringin jugak nak tengok cerita ni bila nampak gimik diorangd alam GV malam tadi
ReplyDelete