Assalamualaikum...
KELMARIN.. Pak Inche minta Sk masakkan Ayam Masak Kicap untuk makan malam.
Kalau nak tahu, Iman pulak paling tak suka semua masakan yang dimasak kicap. Bukan Iman jer tak suka, Sk pun, hehehe. Disebabkan ayam nak masak kicap tu kena goreng dulu sebelum masak kicap lalu.. ting!! Mentol menyala terus atas kepala.. separuh ayam Sk buatkan kuah kicap dan separuh lagi Sk masak Panggang Kuali.
Tak puas makan kelmarin, katanya.. malam tadi sekali lagi Iman request Ayam Panggang Kuali ni.
Sedap sangat katanya siap pesan buat kuah banyak-banyak.
Tak sangka pulak, masakan kesukaan Sk ni boleh menjadi masakan kesukaan Iman.
Rasa kuah yang lemak, pedas dan sedikit masam ni memang boleh menambah selera makan.
Awas! Jangan masak lauk ini hari-hari.. huwa huwa huwa.
Resepi Ayam Panggang Kuali
Sumber : DI SINI
(Boleh gantikan dengan ikan atau makanan laut yang lain)
Bahan-bahan:
Beberapa keping isi ayam (kunyit dan garamkan terlebih dahulu)
kemudian di goreng dengan api yang kecil sehingga masak.
tips : jangan guna api besar nanti ayam atau ikan kita keras kematu.
Dah siap goreng.. ketepikan.
1/2 labu bawang besar*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
setengah cawan cili kering *kisar
1" halia diketuk
2 batang serai diketuk
minyak untuk menumis
3/4 cawan santan cair
1 senduk santan pekat
1 keping asam gelugor
beberapa helai daun limau purut
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan halia yang diketuk sehingga garing dengan api perlahan.
3. Masukkan santan cair dan asam keping.
4. Kacau sentiasa sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
6. Masukkan juga santan pekat. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul,.
Perasakan garamnya kerana ayam goreng sudah bergaram.
7. Masukkan daun limau purut yang disiat-siat, kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
selamat mencuba.
Nampak sedap
ReplyDeletePatut Iman nak lagi.
Mniam. Chicken looks amazing <3
ReplyDeleteSedapnyaaa...
ReplyDeleteTiber kita rindu nak memasak, perasan macam dah lama tak masak-masak ni...
uishhh...macam kena cuba ginii... haahhahaa
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^