3H2M BERCUTI DI COURTYARD BY MARRIOT MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

TERTUNAI sudah janji nak bawa Iman bercuti di Courtyard by Marriot Melaka. Hari khamis, Pak Inche bercuti, Iman kelas dalam talian (tapi pensyarah batalkan kelas) dan Sk pula terlibat dengan Mesyuarat Menambahbaik SOP. Selesai mesyuarat, lepas zohor, Sk mohon pulang awal, dapatlah bertolak awal ke Melaka. Itupun terkejut sebaik keluar dari Plaza Tol Senai (U), kenderaan dah bersesak namun syukurlah perjalanan kemudiannya lancar dan kami singgah makan di R&R Machap.


Hari tu lupa ambil gambar di lobi. Boleh baca pengalaman pertama Sk menginap di CBMM DI SINI. Nahhh.. tengok, kemahen luas eh lobinya. Nak main bola keranjang pun boleh ni 😆. Seperti sebelum ni, proses daftar masuk sangatlah laju. Kali ni dapat bilik di tingkat 26 😍.


Bercuti.. tapi dua beranak ni.. yang sorang sibuk dengan assignment, yang sorang sibuk dengan kerja.


Lepas maghrib, kami keluar makan malam di Gerai Satay Asyura. Boleh baca DI SINI. Sebelum balik ke hotel singgah pulak makan Roti John di Seri Erra Kopitiam, nanti Sk cerita kemudian la yang tu ya.


Sk minta Pak Inche tempah penginapan di CBMM ni sebab tak puas sarapan di sini hari tu 🤭. Banyak sungguh pilihan side dish menu western di sini.


Nasi Lemak Pak Inche.. masin katanya. Esoknya, tak serik pulak dia makan nasi lemak lagi. Mujurlah esoknya tu tak masin. Hari pertama tu makan Nasi Lemak dengan lauk Rendang Ayam, hari kedua lauknya Ayam Berlado.


Pak Inche ambil menu western pulak.


Nasi Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak, Rendang Ayam dan Karipap Kentang. Semuanya sedap cuma mee goreng tu tak la stail mamak betul.


Buah dan pastri serta hot latte.


Pastri lagi.. tapi yang ni masuk beg 🤭 sebab dah tak larat nak masuk perut. Mak-mak sangat!


Lobi sunyi.. mungkin belum waktu check in dan check out. Lif kat sini pun laju jer.


Oh, tak ambil extra bed atau bilik lain untuk Iman sebab sofa kat sini pun dah cukup besar. Karang, berdengung pulak Pak Inche nak membayo, hahahah. Sk bawa comforter la bagi empuk sikit. Untuk breakfast, kami tempah semasa daftar masuk, dapat harga RM35. Jika walk in di cafe harganya RM55.


Malam kedua, makan Nan Cheese dan Ayam Tamdoori di Restoran Pak Putra. Punyalah kenyang sampai ke pagi tu, kami tiga beranak tak larat dah nak makan 😆😆😆.


Nampak ada Roti Jala Kari Ayam.. tapi boleh pulak lupa nak ambil mungkin otak pun dah bagi isyarat tak mahu makan dah 🤭.


Pak Inche ambil Mihun Kari.. dia makan suku kot, yang lainnya Sk habiskan. 


Waffle dan Hot Cappucino.


Check out!
Iman dan Baby Elephant. Kelakar, bila ditegur baby elephant sama comel dengan tuan oleh seorang penyanyi band yang membuat persembahan di lounge.


Penutup JJCM 2023.
Lamberttt lagi la agaknya nak menginap semula di sini.. kumpul duit lebih sikit tahun 2024 ni.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Okaylah tu... mesti mencurah curah idea untuk assignment Iman kan..buat kat hotel..hahaha...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..rezeki dapat tidur best di hotel. Moga lebih banyak rezeki yang akan melimpahi hidup akk sekeluarga <3

    ReplyDelete
  3. Sayup betul tingkat 26 gayat juga tu kalau tengok bawah. Hihi

    ReplyDelete
  4. Mmg luas lobi tu.. kalau lif laju mmg x rasalah mendaki sampai level 26... sbb ada lif yg slow terasa lamanya nk sampai kalau dpt bilik di level tgi

    ReplyDelete
  5. Selamat berlibur dengan nyaman di hotel yang bagus ini, Mbak
    Sehat selalu untuk Mbak dan keluarga.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Courtyard yg di Melaka ini mewah terlihat 👍. Saya sekali stay di Courtyard Washington DC, selesa tapi bangunan tua. Jadi tak terlihat mewah seperti yg di Melaka ini.

    Dan makanan mereka, LBH terlihat sedap yang di Melaka juga 🤭👍. Yg di US bukan ala buffet, tapi harus pilih dari menu.

    ReplyDelete
  7. kali kedua SK stay sini ye...cuba gak hari tu tengok harga...seram plak..hehehe...SK x gayat ke tingkat 26 tu...tapi buffet breakfast tu nampak ada pelbagai...mesti sedap kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!