BUTTERMILK LOBSTERS YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  secara rasminya genaplah usia Sk, 50 tahun, semalam. Diam tak diam, dah setengah abad hidup rupanya. Selamat hari lahir untuk diri sendiri, semoga Allah swt berikan rezeki kesihatan dan iman yang benar serta keluarga yang bahagia, Amiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Ambil kesempatan cuti panjang hujung minggu lepas, Sk dan PI berjalan-jalan ke Kuantan. Pergi balik kami ikut jalan pantai timur, melalui Mersing. Macam biasa, dalam perjalanan balik ke Johor (JB), kami singgah ke Pasar Endau dan ada lobster pulak. Yang ni sekilo, RM95.


Yang dalam bakul ni, RM110 total. Seekor besar, dua ekor lagi adik dia kot, hahahah. Mula tu PI tak nak sebab kami tak bawa tong polisterin. Apa ada hal, beli jer la tong baru. Setiap kali ke Endau, mesti beli tong baru, macam tak biasa, hihihi. Lagipun mana nak dapat harga macam ni. Slogan kita, biar menyesal beli dari menyesal tak beli, hahaha.


Ketam ni sekilo RM30. Besar-besar jugak tapi tak beli la, sebab dah beli lobster.


PI kata, ni hadiah hari jadi. Tak aci betul, dahlah kena masak sendiri, hahahaha. 


1460 gms. Nasib masih simpan lagi timbang ni, hihi.


Total, RM150. Berbaloi-baloi.


Ramai orang kata, rugi beli lobster ni, harapkan kepala aje besar tapi tak ada isi. Betul ke? 


Lobster ni paling sedap dan sesuai masak buttermilk. Siapkan bahan-bahan dulu.

Resipi Buttermilk Lobster

Bahan-bahan:

Lobster
1/2 buku Mentega
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1" halia
2 tangkai daun kari
2 tbs lada hitam tumbuk kasar
Garam secukupnya
1 tin susu sejat
2 tbs susu pekat manis
2 tbs tepung jagung + 1/2 cawan air


Susu sejat yang Sk guna. Biasa Sk beli susu yang paling murah. Susu sejat sekarang paling murah pun nak dekat RM3 jugak.


Lobster ni belah dua bahagian bawahnya. Ikutlah nak belah sampai putus pun boleh kalau ramai yang nak makannya.


Kukus lobster 20 minit. Pertengahan proses mengukus tu, boleh terbalikkan lobster.


Cara masak sos buttermilk

1. Cairkan mentega dalam kuali. Tak perlu cair semua, dah boleh terus tumis bawang putih dan halia.

2. Masukkan daun kari, tumis lagi.

3. Masukkan susu dan cili padi serta lada hitam, biar mendidih.

4. Masukkan garam dan susu pekat.

5. Masukkan air tepung jagung, kacau hingga pekat dan tuangkan atas lobster yang telah dikukus.


Memang tak menyesal la beli. Isi dia fresh, manis dan penuh sebab bukan lobster frozen. Kepala dia pun ada isi ya, bukan boleh harap besar aje, kaki-kaki semua berisi. Ishhhh...pakkal la Endau tu jauh, hahahaha. Lagipun ikut nasib jugak, kadang tak ada dan kalau ada pun tak murah, huhuhu.


Tengah-tengah nak masak tu, Iman balik, masuk rumah sambil nyanyi "Happy birthday to you". Tengok-tengok ada kek kat tangan. Rupa-rupanya dia janji dengan PI jumpa dekat Jusco Taman U, beli kek kat situ. Aaa.. nanti kita potong ya.
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah...seronoknya...happy birthday kak SK...
    semoga yang baik2 untuk kak SK...aamin

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir kak. Semoga yang baik2 je untuk akak. Sedapnya lobster tu.

    ReplyDelete
  3. Happy 50th Birthday 🎈🎈🎈
    Semoga sihat selalu, luas rezekinya ye Kanda :)
    Special betul menu bday depa hihi...

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday kak...sedapnya lobster tu..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya...Selamat Hari Lahir SK...panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu SK dan PI, bleh jenjalan staycation lagi dan JJCM lagi...yeayyyyy....giler la PI beli Lobster...dapnya...kalau kat umah SA ni...SA sorang je la makan...yg lain semua x reti mkn...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Jadi... usia tak menjamin apa2.. yg penting sihat dan gembira sentiasa alhamdulillah :D okla tu kena masak sendiri tapi bukan bishe bishe hihii :D

    ReplyDelete
  7. meriahnya tgk lobster tu...lama tk mkn

    ReplyDelete
  8. uiiii kompem terlajak sedap ni....
    yelahhhh birthday girl yg masak kannnn ;-)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...Aamiin...
    Wahh syoknya dapat seafood segar-segar. Berbaloi gitu. Sedap tu masak buttermilk. Hidangan istimewa di hari istimewa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!