MAKAN DI NEW KUKUP RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


DALAM perjalanan nak pergi makan Soto Seri Bunian, sabtu lepas, Sk whatsapp adik-beradik kot la ada yang berhampiran dan nak join sama makan soto. Sekali, Cik Ani cakap, hari sabtu, kedai soto tu tutup. Lahhh, Sk mana tahu. Sk tanya PI, masa set lokasi kat waze, dia tak bagitahu ke tutup? PI kata, tak perasan pulak, hihihi.




Salah alamat la, tak ada rezeki. 


Sk ajak PI mengopi di Rumah Kopi Sogame, PI tak nak. Dah lapar sangat-sangat, jadi dia ajak ke Kukup makan seafood.


Pesan baby squid goreng madu kegemaran PI. 


Staf restoran syorkan kepah masak sambal ni ha, sedap jugak, gemuk-gemuk kepahnya. 


Menu wajib, Sizzling Taufu. 


Ikan tebal pipi stim nyonya. Dekat sini tak ada siakap ya. Stim nyonya ni macam asam pedas sikit, tapi dia guna lada hidup. Lepas tu selalu kalau stim nyonya ni letak bendi, tapi yang ni kosong aje.


Pesan empat lauk aje, licin semuanya.


Kalau ada Iman kena pesan Sotong Telur Masin dan Chicken Lemon.


Dorang bagi nangka.  Sk tak gemar nangka tapi kalau buat pengat, Sk suka. Jadi, minta dia bungkuskan, Sk bawa balik. Entah bila nak jadi pengatnya, tak tahu la.. hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya...SA x leh makan nangka..kang x bernafas angin satu badan...pantang betul nangka...ikan tebal pipi tu nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Kalau balik kampung nak makan-makan di Pontian, nampaknya saya kena rujuk blog Sk. Saya ni dok ulang makan di Kemangi dan Rumah Kopi Sogame je 😄

    Ikan tebal pipi…memang nama ikan tu ikan tebal pipi eh?

    ReplyDelete
  3. baby squid madu sedap tu..nangka tu kalo madu fav..yg biasa2 pn suka juga

    ReplyDelete
  4. Tergoda tengok lauk pauknya. Semua ni tak pernah makan kecuali kepah sambal tu lah. Mahu tak licin, tengok gambar pun nampak sedap. Apatah lagi makan. Esok tu siaplah pengat nangkanya kan. Kannn...

    ReplyDelete
  5. Lama juga tak keluar makan bersama keluarga. Sekali sekala kena seafood kat luar best jugak.

    ReplyDelete
  6. Nangka ye? Rare kan...
    Takde rezeki soto, dapat makan ikan pipi tebal. Mmg itu ke namanya SK? Tak pernah dengar hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!