Assalamualaikum WBT
DALAM perjalanan nak pergi makan Soto Seri Bunian, sabtu lepas, Sk whatsapp adik-beradik kot la ada yang berhampiran dan nak join sama makan soto. Sekali, Cik Ani cakap, hari sabtu, kedai soto tu tutup. Lahhh, Sk mana tahu. Sk tanya PI, masa set lokasi kat waze, dia tak bagitahu ke tutup? PI kata, tak perasan pulak, hihihi.
Salah alamat la, tak ada rezeki.
Sk ajak PI mengopi di
Rumah Kopi Sogame, PI tak nak. Dah lapar sangat-sangat, jadi dia ajak ke Kukup makan seafood.
Pesan baby squid goreng madu kegemaran PI.
Staf restoran syorkan kepah masak sambal ni ha, sedap jugak, gemuk-gemuk kepahnya.
Menu wajib, Sizzling Taufu.
Ikan tebal pipi stim nyonya. Dekat sini tak ada siakap ya. Stim nyonya ni macam asam pedas sikit, tapi dia guna lada hidup. Lepas tu selalu kalau stim nyonya ni letak bendi, tapi yang ni kosong aje.
Pesan empat lauk aje, licin semuanya.
Kalau ada Iman kena pesan Sotong Telur Masin dan Chicken Lemon.
Dorang bagi nangka. Sk tak gemar nangka tapi kalau buat pengat, Sk suka. Jadi, minta dia bungkuskan, Sk bawa balik. Entah bila nak jadi pengatnya, tak tahu la.. hahahaha.
Sedapnya...SA x leh makan nangka..kang x bernafas angin satu badan...pantang betul nangka...ikan tebal pipi tu nampak sedap
ReplyDeleteWah nampak yummy!
ReplyDeleteKalau balik kampung nak makan-makan di Pontian, nampaknya saya kena rujuk blog Sk. Saya ni dok ulang makan di Kemangi dan Rumah Kopi Sogame je 😄
ReplyDeleteIkan tebal pipi…memang nama ikan tu ikan tebal pipi eh?
baby squid madu sedap tu..nangka tu kalo madu fav..yg biasa2 pn suka juga
ReplyDeleteSelamat menjamu selera kayangan
ReplyDeleteTergoda tengok lauk pauknya. Semua ni tak pernah makan kecuali kepah sambal tu lah. Mahu tak licin, tengok gambar pun nampak sedap. Apatah lagi makan. Esok tu siaplah pengat nangkanya kan. Kannn...
ReplyDeleteLama juga tak keluar makan bersama keluarga. Sekali sekala kena seafood kat luar best jugak.
ReplyDeleteNangka ye? Rare kan...
ReplyDeleteTakde rezeki soto, dapat makan ikan pipi tebal. Mmg itu ke namanya SK? Tak pernah dengar hihi