MAKAN MALAM DI RODAKAFE @ KULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


KU SANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Mujurlah sempat jemur bantal di panas cahaya matahari. Masa lipat kain sambil layan filem horror indonesia, tengok cuaca mulai mendung, tak lama lepas angkat bantal, hujan pun mulai turun.




Setelah beberapa kali kita bersiaran entri jjcm di pantai timur, hari ini kita patah balik ke Johor. Banyak lagi sebenarnya foto dalam galeri jjcm di negeri sendiri yang belum habis diceritakan.


Kali ni Sk bawa pembaca ke Rodakafe Cafe yang terletak di Kulai Cycling Park. Sk ke sini beberapa minggu lepas. Kebetulan Iman masa tu sedang bercuti pertengahan semester.


Ruang makan di sini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruang dalam yang berhawa dingin, ruang terbuka berpayung dan ruang terbuka tidak berpayung dengan meja dan bangku dari kayu platelet. Yang tak bestnya di sini, kena layan diri. Buat pesanan di kaunter dan tunggu pesanan siap apabila alarm gajet yang diberi berbunyi.



Sama naik dengan orang sebelah bagi kamera makan dulu.



Pilihan Sk dan PI, Ayam Panggang. Ia datang bersama french fries dan salad serta sos lada hitam. Siang tu kami dah makan nasi tu la yang makan ayam je.


Iman makan Nasi Goreng Kambing Panggang. Dia belum makan siang hari tu.


Tiramisu yang menjadi kegilaan sekarang padahal ia bukan dessert baru pun. Bagi Sk makanan di pesan semua sedap dan tidak mengecewakan tapi kalau datang sini kenalah ada yang jaga meja yang kena chop siap-siap. Sk lagi suka jika ada staf yang susun atur meja untuk pelanggan,  first come first serve.


Syukur.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhh Sk, dari horror Indonesia terus ke horror bunyi alarm gajet tu. Memang plot twist! 😂 Tapi yang betul-betul seram bila tengok gambar makanan tu, terus lapar tak kira waktu. Nampak sedap sungguh ayam panggang tu, boleh bayang sos lada hitam tu meleleh gitu je. Tiramisu tu pun, walaupun bukan dessert baru, tapi tetap ada aura selebriti dia sendiri kan? Hehe. Thanks share port makan best kat Johor, nanti boleh masuk list JJCM versi perut kosong! 😄🍗🍰

    ReplyDelete
  2. Selamat melayan selera.
    Nampak sesedap

    ReplyDelete
  3. Cantiklah presentation tiramisu tu...
    Itulah tiba² viral pulak tiramisu ni. Padahal mmg dah ada dah sblm ni

    ReplyDelete
  4. Zaman2 dulu tiramisu ni memang kegemaran Cie. Sekarang viral pulak ye. Nampak sedap nasi goreng kambing tu.

    ReplyDelete
  5. Wah, enak banget nasi goreng makan dengan kambing.
    Tiramisu tu, macam lama tak makan.

    ReplyDelete
  6. Nasik goreng kambing harga 24.90 tu ok dah....

    ReplyDelete
  7. nasi goreng kambing panggang sedapnya

    ReplyDelete
  8. mata ni x lari dari gambar Tiramisu...haih...kena carik gak ni...

    ReplyDelete
  9. Chicken grilled dia nampak menyelerakan betul. Tengah hype sekarang tiramisu. Bab kena cop meja tu yang malas tu. huhu...

    ReplyDelete
  10. Dari semua menu, nasi goreng kambing punya iman yg saya teringin 😍😍😍😄. Nampak sedap, kambingnya pun besar yaaa. Sukaaa lah... Kalo di sini nasi goreng kambing, kambing dipotong2 dice, lalu dicampur ke nasi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!