Assalamualaikum WBT
KU SANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Mujurlah sempat jemur bantal di panas cahaya matahari. Masa lipat kain sambil layan filem horror indonesia, tengok cuaca mulai mendung, tak lama lepas angkat bantal, hujan pun mulai turun.
Setelah beberapa kali kita bersiaran entri jjcm di pantai timur, hari ini kita patah balik ke Johor. Banyak lagi sebenarnya foto dalam galeri jjcm di negeri sendiri yang belum habis diceritakan.
Kali ni Sk bawa pembaca ke Rodakafe Cafe yang terletak di Kulai Cycling Park. Sk ke sini beberapa minggu lepas. Kebetulan Iman masa tu sedang bercuti pertengahan semester.
Ruang makan di sini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruang dalam yang berhawa dingin, ruang terbuka berpayung dan ruang terbuka tidak berpayung dengan meja dan bangku dari kayu platelet. Yang tak bestnya di sini, kena layan diri. Buat pesanan di kaunter dan tunggu pesanan siap apabila alarm gajet yang diberi berbunyi.
Sama naik dengan orang sebelah bagi kamera makan dulu.
Pilihan Sk dan PI, Ayam Panggang. Ia datang bersama french fries dan salad serta sos lada hitam. Siang tu kami dah makan nasi tu la yang makan ayam je.
Iman makan Nasi Goreng Kambing Panggang. Dia belum makan siang hari tu.
Tiramisu yang menjadi kegilaan sekarang padahal ia bukan dessert baru pun. Bagi Sk makanan di pesan semua sedap dan tidak mengecewakan tapi kalau datang sini kenalah ada yang jaga meja yang kena chop siap-siap. Sk lagi suka jika ada staf yang susun atur meja untuk pelanggan, first come first serve.
Syukur.. Alhamdulillah.
Wahhh Sk, dari horror Indonesia terus ke horror bunyi alarm gajet tu. Memang plot twist! 😂 Tapi yang betul-betul seram bila tengok gambar makanan tu, terus lapar tak kira waktu. Nampak sedap sungguh ayam panggang tu, boleh bayang sos lada hitam tu meleleh gitu je. Tiramisu tu pun, walaupun bukan dessert baru, tapi tetap ada aura selebriti dia sendiri kan? Hehe. Thanks share port makan best kat Johor, nanti boleh masuk list JJCM versi perut kosong! 😄🍗🍰
ReplyDeleteSelamat melayan selera.
ReplyDeleteNampak sesedap
Cantiklah presentation tiramisu tu...
ReplyDeleteItulah tiba² viral pulak tiramisu ni. Padahal mmg dah ada dah sblm ni
Zaman2 dulu tiramisu ni memang kegemaran Cie. Sekarang viral pulak ye. Nampak sedap nasi goreng kambing tu.
ReplyDeleteWah, enak banget nasi goreng makan dengan kambing.
ReplyDeleteTiramisu tu, macam lama tak makan.
Nasik goreng kambing harga 24.90 tu ok dah....
ReplyDeletenasi goreng kambing panggang sedapnya
ReplyDeletemata ni x lari dari gambar Tiramisu...haih...kena carik gak ni...
ReplyDeletenampak sedap semua menu kak
ReplyDeleteChicken grilled dia nampak menyelerakan betul. Tengah hype sekarang tiramisu. Bab kena cop meja tu yang malas tu. huhu...
ReplyDeleteDari semua menu, nasi goreng kambing punya iman yg saya teringin 😍😍😍😄. Nampak sedap, kambingnya pun besar yaaa. Sukaaa lah... Kalo di sini nasi goreng kambing, kambing dipotong2 dice, lalu dicampur ke nasi.
ReplyDelete