MASAK SAMBAL AYAM & TERJUMPA TIKUS BELANDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  hari ini hujan membasahi Tanah Jauhar. Sejuk sikit suasananya berbanding beberapa hari lepas. Rasa setiap liang roma ni keluar peluh sampai nak pakai baju pun rasa tersekat-sekat, hihihi.



Awal-awal PI dah cakap, nak makan Ayam Sambal. Oh, dia cakap awal sebab Sk tanya awal-awal. Jadi, awal-awal lagi sebelum keluar rumah (nak pergi kerja) semalam, Sk keluarkan ayam dalam bekas, masukkan air dan letak di bahagian chiller. 


Stok cili dan bawang kisar pun ada, kan, jadi rasa mudah aje la nak memasaknya. Yang malas kalau tak sedia apa-apa lagi. Cili nak rebus, bawang nak kena kopek, tu yang rasa nak rebah lepas masak, remaja purbalah katakan, hahaha.


Jadi, semalam tinggal potong ayam kecik-kecik (Sk sekarang beli ayam, potong empat aje), kemudian perap dengan garam kunyit. Goreng ayam hingga masak, kemudian tumis bahan kisar, campak ayam goreng dalam dia, aaaa.. shiap!



Terjumpa budak kecik ni kelmarin dalam bilik suis. Masa tu tak tahu lagi apa, buka pintu nampak sesuatu warna putih tompok hitam, lari belakang pasu (sebenarnya baldi tapi masa tu gelap, nampak macam pasu). Punyalah meremang, ingatkan haiwan apa, terus buat kerja cepat-cepat dan tutup pintu semula. Semalam la, ajak member tengok, dia cakap, tikus la. Hurmm.. terfikir itu tikus belanda, la. Tikus biasa mana pulak warna hitam putih.



Cerita dengan dorang (adik-beradik), Cik Ani suruh tangkap, dia nak bela. Tuari terjumpa kura-kura kat kampung, Cik Ani bela. Ni nak bela tikus pulak. Sk pulak kesian tikusnya lapar dan haus. Kami syak, dia terlepas dari tuannya, korek tanah kemudian tembus dalam bilik suis tu dan terperangkap kat situ. Nekad Sk tangkap dia semalam, itupun siap sarung glove takut kena gigit, hihi.


Google.. Google, ia sejenis Guinea Pig ya. Cuma ni saiz kecik comel, tak tahulah anak-anak lagi ke apa. Badan dia lembut macam soft toys, jinak pulak tu. Dah selamat serah kat Cik Ani, semoga menambah kegembiraan Jeika, heheheh. Bela kucing la, ikan la, kura-kura la, ni bela Guinea Pig pulak. Tapi, kenalah carikan kawannya, kesian sekor-sekor.


Update: Cik Ani dah tanya kat kedai Pet, ia sejenis hamster jenis jinak dan agak mahal. Seekor boleh cecah RM70. Kena jaga baik-baiklah, jangan terlepas, kesian dia. 
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat dah bagi kat Jeika ye...pelik erk..mana plak datangnya tikus belanda tu....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sambal ayam. Tikus belanda? I is takut! 🙈

    ReplyDelete
  3. Cie geli nak pegang haiwan berbulu ni tak berani pun ye.

    ReplyDelete
  4. Alahai gelinya tikus belanda ni walaupun cute. Sambal ayam tu sedapnya.

    ReplyDelete
  5. Macam manalah ternakan tu boleh masuk dalam rumah

    ReplyDelete
  6. Semalam dok borak pasal perangkap tikus dgn member dan ada yg suggest letak daun durian belanda. harini bc tentang tikus belanda…ada sychronization topic bualan ammi dan kejadian SK ni hahaha

    ReplyDelete
  7. Betul betul. Kalau semua benda tak siap lagi memang leceh lah kerja masak. Terutamanya nak siapkan cili kisar tu. Nak buat dari awal tu bencinta.

    Eh eh comelnya tikus belanda tu. Eh, hamster! Ada 2 ton warna pula tu. Bertambahlah haiwan peliharaan Cik Ani. Dulu pernah bela hamster juga, kena berpasangan juga dia. Dia gigit manja je tak sakit sangat. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!