Assalamualaikum WBT
DAH 10 Zulkaedah, baru nak cerita tentang Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran syarikat yang diadakan pada 19 Syawal lepas. Semua staf diwajibkan untuk clock in di kampus induk dan Sk sampai awal jugak dalam pukul 8.30 pagi sedangkan majlis hanya bermula jam 10 pagi sebab banyak info bercanggah. Tapi, bagus jugak, dapatlah ambil gambar di beberapa photobooth raya yang disediakan tanpa menunggu giliran.
Bukan Sk jer yang sampai awal jadi taklah termangu-mangu keseorangan. Lagipun dah biasa keluar rumah awal kan, kalau keluar lambat dia jadi macam berdebar-debar dan takut lambat.
Hiasan meja VVIP.
Terpaling VVIP, hahahaha.
Dengan Che Ta, rakan sekerja Sk semasa bertugas di cawangan Bukit Senyum.
Dengan geng office yang sekarang di cawangan Ungku Mohsin.
Masing-masing berbaju raya.
Gambar kat tangga pulaks.
Photobooth semua disediakan pelajar-pelajar dari program diploma.
Tak lengkap la kalau tak bergambar di banner utama.
Ni rakan-rakan dari Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif.
Team Kemahiran bersama bos.
Dah, jom cerita pasal makan pulak yang disediakan oleh staf dan pelajar Sekolah Hospitaliti.. Menu utama, Nasi Minyak dan konco-konconya.
Menu sampingan, Lontong.
Menu sampingan 2, Soto.
Pelbagai jenis air balang.
Betullah, kalau dah start minum air manis ni, memang bikin ketagih gula.
Acara dimulakan dengan Marhaban di kalangan staf lelaki.
Sebelum makan, gambar lagi satu kali dengan geng makan-makan office.
Sk pilih Nasi Minyak. Nampak tak, ambil air sampai dua jenis. Tapi sirap bandung tu bagi kawan yang tak sempat ambil air. Sk minum yang hijau tu, Air Kathira, tapi tak ori la.
Ni goreng pisang sambal kicap, lempeng sambal hijau dan roti jala kari ayam.
Lepas tu makan lontong pulak dengan rendang daging seketul. Lepas tu dah tak larat nak makan cuma minum air bergelas-gelas, satu flavour satu gelas kecuali Teh Bunga, huhu.. Satu lagi kena bertugas menjadi pramugari pramusaji pulak sampai waktu Zuhur, lepas zuhur tukar shift dengan kawan lain.
Sukurrr.. Alhamdulillah.
Meriah...makanan meriah..staf2 yg hadir pun meriah dengan baju raya
ReplyDeleteBestnya, ada lempeng sambal hijau. Dap!
ReplyDeleteSeronok bergambar dulu... Nanti majlis dah mula ramai pulak orang kan...
ReplyDeleteMeriahnya sambutan. Macam2 ada. Seronok ada photobooth sakan la bergambar.
ReplyDeleteMeriahnya makanan! Dekor meja VIP tu nmpk special dan elegant 😃
ReplyDeleteMeriah sambutannya. Semangat nak bergambar kalau tak payah tunggu giliran. Saya pun camtu, kena pergi awal kalau ada apa apa. Risau betul kalau lewat. Berdebar lain macam. Datang awal boleh rehat rehat sikit tak kelam kabut. Kiranya akak dengan kak Shu tu satu tempat kerja lah ek.
ReplyDeleteMeriahnya rumah terbuka Aidil Fitri.
ReplyDeleteMudah-mudahan tahun hadapan bertemu lagi.