Assalamualaikum WBT
PAGI ni sengaja keluar lambat sikit pergi kerja sebab fikir mesti kenderaan di jalanraya lebih sikit dari semalam. Nanti sampai awal sangat pun tak best jugak. Nanti rasa nak tunggu pukul 9 pun lambat, hihi. Syukur, walau keluar lambat tapi clock in pukul 7.27. Nampak sangat selama ni rumah Sk dengan office bukanlah jauh sangat, setengah jam pun dah boleh sampai sebenarnya. Lepas tu pergi kantin cari makan apa yang ada, maklumlah, pelajar semua cuti jadi Kak Sab tak masak banyak, ada nasi goreng kampung aje, boleh la buat hilangkan lapar pagi ni, syukurrrr.
Makan di Padi Kopitiam ni bulan lepas, November 20hb. Gambar makin ke bawah dalam galeri, tu la tu makin lupa nak menaip kisahnya.
Datang dah agak malam jugak, kopitiam dah hampir nak tutup dan kami merupakan pelanggan terakhir, hehehe.
Cham untuk TTK. Baru tahu Cham tu maksudnya campur. Apa yang dicampur? Teh dan kopi.
Pesan Mi Siam goreng kampung. Memang goreng gitu-gitu aje mihun tu tak ada rencah apa-apa. Tak silap harga dia RM7.90. Sambal Tumis tu sedap, gaul-gaul sikit dengan mihun.
Roti Bakar mesti ada kalau makan di mana-mana kopitiam.
PI makan Curry Laksa pilih mi kuning campur mihun. Sedap la rasa kari dia, tak mengecewakan orang yang kelaparan.
Malam-malam makan ABC. Aisnya halus mulus tapi bagi Sk rasa dia biasa aje.
Hari ni di office, ada gotong-royong membersihkan tempat masing-masing sebelum bercuti panjang. Esok, cuti Krismas dan ramai yang ambil cuti Jumaat. Long weekend la minggu ni, kan. Mesti ramai yang dah merancang perjalanan jauh, ada yang nak balik kampung, ada yang jalan-jalan. Sk doakan agar perjalanan para pembaca lancar dan menenangkan. Yang mana duduk rumah tu, berehatlah dengan aman, okey.
Apa rasa Cham tu SK? Sedap nampak mee siam dan ABC tu...SA cuti sampai Isnin, esok start..lepas tu sambung lagi 2hb sebab kena htr PZ check up...
ReplyDeleteSemua makanan nampak sedap. SK tak ambik cuti panjang jugak ke? 😄
ReplyDeletemenyelerakan semua menu. ABC malam2 tu tak sejuk gigi ke? hihihih
ReplyDeletecham tu campuran kopi ngn teh...
ReplyDeletesekerim tu menggoda la kak