MASAK PAJERI TERUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


KAWAN Angah, Kak Minah bagi terung kemahen besar beberapa minggu lepas. Sk ingat nak masak Terung Berlado tapi yang jadinya Pajeri Terung. Ni Cik Ani la yang sebut teringat Pajeri Terung mak masak. Padahal PI dah belikan cili untuk masak berlado tu.


Masa ni masih dalam fasa insof lepas kena sakit kepala yang berpusing-pusing macam gasing tu. Fasa makan di rumah, masak, kata PI. Tapinya PI tak makan terung pulak.



Mujurlah ada belen lauk Kari Daging yang Sk masak beberapa hari sebelumnya. Lauk Kari Daging panaskan atas api, bukan kukus atas periuk nasi. Lepas tu, dengan periuk la naik atas meja.



Goreng telur mata sebiji jer untuk PI.



Kari Daging dan Telur Mata untuk PI. 


Pajeri Terung dan Kari Daging memang ngam. Meh Sk kongsi resipi Pajeri Terung di bawah:


Resipi Pajeri Terung

2 batang terung, potong ikut kesesuaian saiz terung
Rempah 4 sekawan
4 ulas bawang merah dikisar bersama
2 ulas bawang putih dan
1 sudu udang kering
3 tbs rempah kari
2 tbs kerisik
2 tbs cuka 
1 asam gelugor
Sedikit gula Melaka
Garam secukupnya
Air secukupnya 
Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak 

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Tumis bahan kisar hingga sedikit garing bersama rempah 4 sekawan.

3. Masukkan rempah kari, tumis lagi hingga terbit minyak sambil ditambah air sedikit demi sedikit.

5. Masukkan kerisek, asam keping, garam dan gula melaka serta cuka.

5. Masukkan terung, tambah air secukupnya untuk mengempukkan terung.

6. Bila terung dah empuk dan lembut, boleh tutup api.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya pajeri terung 😋
    Saya suka makan tapi belum pernah cuba masak sendiri.
    Ulang masak terung balado atau grill makan dengan sambal segera. Langsung tak ada perkembangan kemahiran 😄

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah makan pajeri terung. Nampak sedap, pekat kuah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!