MENGINAP 3H2M DI AMES HOTEL MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



SAMBIL menyelam, minum air. Pada awalnya, Sk fikirkan.. plan kami, bertolak selepas habis kerja hari Jumaat, tidur satu malam di Melaka, check out, pergi Majlis Walimatulurus Hambali dan Liyana, kemudian terus balik ke Johor. Tapi, PI awal-awal dah rancang nak JJCM di Melaka. Dia umpan Sk, ajak cari baju raya sekali. Dengar baju raya, Sk pun terus onz, hahahaha. Pada mulanya PI ajak menginap di Hotel MITC tapi Sk demand, nak menginap di hotel lain. Cari punya cari, PI tempah Ames Hotel yang terletak berdekatan dengan lokasi majlis.


Iman ikut, jadi kena ambil dua bilik la supaya tak berebut tandas, hehehe. Perut Sk ni, time ada orang dalam toilet, time tu la dia nak memulas. Ni kami ambil bilik connecting iaitu Deluxe King Room dan Deluxe Twin Bed



Dapat bilik aras 6, nombor bilik 615 dan 614.

        

        

Dari katil nampak bilik air, dari bilik air nampak katil. Banyak hotel yang pernah Sk inap punya interior begini sekarang, tapi tetap teruja setiap kali dapat menginap di hotel begini. Ada bidai yang boleh diturunkan bagi mewujudkan privasi walaupun suami isteri. Tapi rasanya, kalau menginap sorang pun Sk turunkan jugaklah bidai, takut ternampak benda lain, hahaha.


Kelengkapan mengopi dan mengeteh. Disediakan cawan air panas dan gelas air sejuk. Cantik sangat gelas tu.


        

Lengkap seterika, papan penggosok dan jubah mandi turut disediakan. Begitu juga dengan peti selamat pun ada, sejadah tidak disediakan ya.


       

Kemasan hitam dan coklat keemasan dalam bilik mandi membuatkan ia kelihatan mewah. Ia mengingatkan Sk pada Moty Hotel. Tapi serius cakap ya, Ames Hotel lagiiiiiiii cantik.



Pemandangan luar pun lagi elokkkk.



Ruang bekerja, tapi nampaknya kali ni PI santai-santai jer, tak nampak pulak buka laptop buat story. Ada cermin jugak tapi macam gelap jer kalau nak mekap kat sini.



Ini bilik Iman la ya. Seronok dia duduk sorang boleh on aircond suhu 16!



Tuala tebal dan serap air. Tuala rambut pun besar.



Sarapn hari pertama, konon tak nak makan banyak sebab nak pergi makan kenduri pulak, kan. Konon aje la, Sk kan jenis lapar teruk pagi-pagi. PI macam biasa, kipas susah mati nasi lemak. Tapi nasi lemak dia tak capai KPI.



Sk pilih Mango Juice dan Latte Machiatto. Mesin kopi dia banyak ya, siap tambahan mesin minuman 3 in 1. Jus pun ada empat pilihan, tak silap ada pink guava dan epal, lagi satu tak ingat, haha.



Makan bubur pulak, ambil karipap seketul. Suka sangat tengok dish yang disediakan, estetik gituuuu.


Jamah-jamahlah, mi goreng dan nasi goreng cina. Nasi goreng sedap, mi masin. Selain tu ada buffet line Imdian Cuisine, Sk ambil idli seketul letak kuah kari dan dhal.



Lepas breakfast, lepak dalam bilik, pukul 12 baru bersiap nak pergi makan kenduri. Perut pun dah mula lapar sikit-sikit, haha.



Balik kenduri, Along ajak bergambar dekat sini. Along ni memang dari zaman anak dara suka bergaya. Lepas tu kan, nanti pinjam kamera siapa tah, beli filem, mekap dan tukar-tukar baju ambil gambar. Yang tukang mekapnya siapa tauuuu.. Sk lerrrrr, hahahahaha. Kadang-kadang, pagi-pagi orang tengah syok tidur, dia kejut, mintak tolong mekapkan, hahahaha.



Okey... ni sarapan hari kedua la. Disebabkan PI kata nasi lemak dia kureng, lepas tu Sk tengok nasi goreng dia pun biasa-biasa aje, Sk repeat ambil American Breakfast. PI makan tosei dan roti canai lepas tu makan Mihun Sup.



Ambil kueyteow, samosa dan pau kacang merah.



Bubur sedap, kita repeat la, kali ni ambil 1 1/2 senduk. Semalam ambil sesenduk aje. Pinggan Iman Sk tak ambil gambar, dia tak macam Sk, asal makan sudah, takde nak cantik-cantik lagilah jenis tak makan pagi sangat macam PI jugak. Tapi kalau malam, dua beranak ni manjang lapar ya, Sk pulak malam cepat mengantuk, hahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hotel Ames ada pool untuk kanak2 yang cantik kan? rasenya ni la hotel linda aim, tapi tak pernah pergi lagi.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Pernah nak stay sini ngade2 walk in sekali penuh ye..famous gak eek sini..nanti la bila2 nak stay sini gak la..lawoo SK gambar kat kerusi tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!