MAKAN DI RESTORAN GIOVANNI'S NY STYLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK Khamis lepas, Sk mengambil Cuti Rehat Tahunan sehinggalah hari ini Sk masih lagi bercuti. Khamis, Sk ke Temerloh bagi meraikan Majlis Perkahwinan anak saudara PI, orang Kedah sebut, anak menakan, hehehe.  Kami baru sahaja balik semalam dan hari ni Sk ambil cuti lagi untuk selesaikan kain baju dan selebihnya tu, malas la nak masuk office, huhu. Tapi, tu la, rupa-rupanya PI kerja ya hari ini, sabar aje laaa. Baru nak ajak meronggeng!


Baiklah, kali ni Sk nak bawa pembaca ke Restoran Giovanni's NY Style, sebuah restoran pizza asli gaya New York yang terletak di Taman Perling.



Sebaik sahaja masuk, nampak seorang staf sedang mengemas meja. Kemudian terdengar suara PI di belakang Sk menegur. Lahhh, rupa-rupanya kawan PI la. 


Dekorasi dalam restoran dengan alas meja kotak-kotak berwarna merah ini menyerlahkan  konsep moden yang ringkas, elegan dan separa industri.



Menariknya di sini, berbanding kebanyakan restoran menghidangkan pasta berupa spaghetti atau fettucine, di sini terdapat juga ravioli, lasagna dan cannelloni.

Dessert juga pelbagai seperti cannoli, zeppole, tiramisu, creme brulee, panna cotta,  spumoni dan Italian Ices.



Pilihan pembuka selera, salad dan sup.


Kita boleh juga pilih jenis pasta dan cara masakan sos pasta.


Banyak jenis topping dan inti pizza dipilih sesuai mengikut selera. Ada pilihan saiz dan jika nak ambil satu potong saja pun boleh.


Terdapat juga menu kanak-kanak.


Fried Ravioli (S), RM10

Ni datang 4 keping, PI dah kebas sekeping. Ia merupakan home made ravioli dengan inti keju digoreng terendam dan dihidang bersama sos marinara. Sedap ya, sebiji tu besar juga. Garing di luar dan lemak di dalam.


Iman pilih pasta linguine dengan sos bolognese.
PI pilih spaghetti, juga dengan sos bolognese.  Tak ambil pulak gambar spaghetti PI. Kedua-duanya sedap, sos bolognese sedap dan pasta direbus al dente.



Di setiap meja disediakan rak untuk meletak pizza. Jadi, kalau ada dua tiga dulang pizza, taklah penuh meja. Kreatif!


Pilihan kami, Beef Pepperoni.  Senang cakap Pilihan PI la yang oldskul. Crust pizza lembut, tak lokek beef pepperoni dan cheese. Sk tak pilih menu lain, cuma berkongsi makan pizza dan pasta dengan mereka. Sk tak ingat la harga makanan lain, resit pulak ke mana.


Cheese dia susah nak putus. Iman cakap, bonda, cepat ambil gambar!


Dah habis makan semua, baru minta mereka hidangkan dessert. Pilihan Iman, Creme Brulee. Ambil satu dessert jer la, kongsi-kongsi.



Sedappp. Kesimpulannya semua sedap-sedap. Nanti boleh datang lagi, cuba menu New York yang lain pulak. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Banyak nama pasta dan dessert yang asing pada saya, mau ke sini tak reti nak pilih makan apa 😄

    Hahaa…comel Iman suruh Bonda ambil gambar gitu.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap semuanya. Deco kedai pun terserlah western nya tu ada alas meja petak.

    ReplyDelete
  3. Syoklah habiskan cuti. Tak dapat meronggeng takpelah, dapat juga rehat kat rumah kan. Bestnya banyak pilihan pasta dan pizza. Linguini dia nampak macam lebar sikit. Biasanya tengok kecil sikit lebar dia. Yang penting sedap al dente gitu pastanya.
    Semua sedap memang boleh repeat lah kan.

    ReplyDelete
  4. SA ada 10 hari lagi cuti tahunan nak kena habiskan...plannya nak ambil bulan 9 nanti 2 hari..selebihnya guna hujung tahun...SA teringin nk makan pasta Linguini tu la..tapi nak kena buat sndiri..kena tengok apa yg sesuai untuk orang tengah diet dan makan makanan sihat..x sure plak makan pasta sihat ke tak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!