Assalamualaikum WBT
SELASA lepas, Iman kata, Jom makan sedap malam ni? Sk tanya, nak belanja ke? Hehehe.. jom.. jom.. Iman jawab. Rupa-rupanya yang ditunggu-tunggu dah dapat. Sekian lama menghitung hari, elaun selama 5 bulan menjadi internship di MBIP dah masuk sekaligus. Yabedabedoooo.
Pada mulanya, Iman ajak makan di sebuah restoran masakan cina Muslim yang baru dibuka di Jalan Tebrau tapi Sk tengok, kayangan betul harga dia. Anak tu baru nak hidup, bukan macam orang baru keluar EPF umo 55, hahaha. Jadi, kami ke Restoran Jasmin di Taman Ungku Tun Aminah. Lama tak makan Nasi Goreng Seafood Daun Pisang kat sini.
Tengok buku menu dia ni macam baru buat yang baharu jer. Belek la sekejap.
Ada perubahan harga. Nasi Goreng Seafood Daun Pisang sebelum ni, RM12.
Jenis-jenis ikan yang ditawarkan masakan bakar.
Pelbagai cara masakan untuk sotong dan udang.
Pilihan haiwan bercengkerang.
Masakan Chinese style.
Pilihan sayuran.
Pilihan street food menu.
Pilih sendiri saiz makanan laut untuk dimasak.
Siakap Bakar Sambal.
Sambal sedap tapi macam kering sikit masakan ni, kurang juicy tak macam makan sebelum ni.
Sotong Bakar Sambal
Sedap jugak tapi sotong tu nipis sangat potongnya.
Nasi Goreng Seafood Daun Pisang. Bagi Sk, nasi goreng dekat sini sedap. Nasi goreng kampung dia pun power!
Melambak ya nasi gorengnya. Mula-mula tu dia hantar dua bungkus dan ambil masa sikit untuk hantar nasi goreng Sk. SK agak, dia goreng yang lain sebab tak cukup portion untuk tiga bungkus.
SK punya nasi goreng tak semelambak nasi goreng PI dan Iman. Dorang tak habis makan, bungkus bawa balik.
Sebelum tu, Iman cakap, ambillah udang jugak buat bakar. Tak yah, Sk cakap, sebab dalam nasi goreng pun dah ada udang besar dua ekor. Hah.. memang besar betul udang dalam nasi goreng ni. Selain udang ada sotong dan fish cake.
Total RM170
Iman tak minta pulak resit tapi memang biasa makan sini tak minta resit, huhu.
Waktu perniagaan: Isnin hingga Ahad
5.30 ptg hingga 3.30 pagi


















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih