MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, February 11, 2010

Kek Coklat Lapis Krim Keju ... memang umph!!

MALAM tadi saya buat kek lagi. Hmm, yang ni bukan saja suka-suka atau melepas gian buat kek. Saya sebenarnya sudah berjanji pada diri untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada seorang kawan suami saya yang berbangsa cina sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang Ahad ini.
Oh, hari Ahad kan lambat lagi, kenapa dah buat awal-awal? Ermmm, sebenarnya malam ni saya akan balik ke kampung suami di Kuala Ketil, Kedah. Jadi takkanlah nak tunggu lepas raya baru bagi kan, tulah sebabnya kena buat malam tadi, nasib baik hari ni saya mohon cuti, jadi dapatlah rehat sikit sambil kemas-kemas apa yang patut.
Seperti biasa kek kegemaran saya nak membuatnya, tentulah Kek Lapis Coklat dan Krim Keju. Rasanya memang kelass you lagi-lagi kalau disalut dengan coklat ganachee, memang menjilat sudu jer... Kali ni saya hiaskan dengan buah strawberry. Walaupun dalam keadaan kelam kabut semalam, kerana membayar duit Avon, (wakil avon ye)sempat jugak saya singgah ke Giant sebelum mengambil Yaya pulang dari sekolah. Duh.. duh, mahal betul buah strawberry kat Giant, tapi kena gak beli, takkan nak bagi orang setakat tabur badam atau coklat rice jer kan..
Meh saya kongsikan resepinya di sini ye..

Kek Coklat Lapis Krim Keju bErsalut Coklat Ganache

Bahan-bahan Adunan Kek Coklat:
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar serbuk koko
sedikit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat* (* ayak bersama)

Cara Membuatnya:
Pukul telur dan gula halus hingga sebati, kemudian masukkan yang lain-lain mengikut turutan bahan di atas. Selepas siap bahagi dua adunan. Sementara itu panaskan kukusan. Tutup/ balut tudung pengukus dengan kain atau tuala.

Bahan-bahan Krim Keju:
250gm cream cheese
60gm gula
1 biji telur
25 ml air biasa
1 sudu besar tepung gandum

Cara Membuatnya:
Pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan bahan di atas. Pukul hingga sebati.

Cara Melapis:
1. Alas loyang dengan kertas minyak atau kertas biasa (Sapu loyang dengan mentega). Masukkan loyang dalam periuk kukusan supaya adunan tidak bergerak. Tuangkan separuh adunan kek coklat tadi, kukus 15 minit.
2. Selepas 15 minit, tuang adunan krim keju, kukus lagi 15 minit.
3. Selepas 15 minit, tuang adunan kek coklat yang lagi separuh tu, kukus 20 minit. Biarkan sejuk sebelum dituang dengan coklat ganache.

Bahan Coklat Ganache:
2 sudu besar 'heavy krim'*
150 gm coklat masakan*
sedikit mentega (supaya coklat berkilat)*
* masak semua bahan menggunakan teknik double boil, sejukkan pada suhu bilik baru tuang di atas kek yang telah disejukkan.


Hmm, kalau dah copy paste tu, kenalah buat, jangan sampai bersawang pulak resepi tu, lepas ni tak payah lagi nak beli kek yang mahal-mahal kat kedai tu, tapi kena rajin sikitlah ye.. 5 star untuk Kak Yatie yang sudi berkongsi resepi ini.
Sempat gak saya siapkan lagi dua biji kek untuk diberikan kepada keluarga di Senai dan di Kuala Ketil.

Suka sungguh apabila kakak-kakak ipar dan mak mertua asyik memuji keenakan kek ini. Dan sempat juga menurunkan ilmu menyediakan kek ini kepada anak saudara saya.. Iman Athira.

11 comments:

  1. hai yus mmng sedap kek ni...resepi asal guna butter..tapi akak sengaja tukar pada minyak...tu yg tak muak...lagi pun dah ada cream cheese..seronok coz yus suka kek ni...

    ReplyDelete
  2. mmg suka sgt kek ni, ni pun Yus buat lagi dua biji, satu utk adik yg smpi dr KL mlm besok, satu lg nak bw balik kedah, thanx ye sis.

    hikhik.. oven kita bagi rehat hari ni..

    ReplyDelete
  3. salam. nak tny , kenapa nak kena tutup/balut tudung pengukus dengan kain atau tuala? mcm mne nak buat tu ?

    ReplyDelete
  4. hai kak~~terima kasih sebab link blog saya dalam blog akak~~baru hari ni perasan~tu pun lepas check kat stats~~tq kak~

    ReplyDelete
  5. Maizatun, utk mengelakkan air wap kukusan jatuh atas kek, nanti kek kita bantat.. harap membantu..

    ReplyDelete
  6. suami orang kuala ketil? org kampung niii..

    ReplyDelete
  7. saya pun nak cuba la buat kek nienmpk sedap . saya dah pandai buat kek keju cuma tak pernah cuba yang mcm nie .

    ReplyDelete
  8. yumyum..terliur nengok tuh..hee...blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

    ReplyDelete
  9. bole tak kalo susu segar di ganti dengan susu cair?..em lg satu heavy choc tu same ke ngn coklat masakan?..he2.maaf bertanya..saya budak br blajar..

    ReplyDelete
  10. Anonymous, boleh juga kalau nak gantikan dengan susu cair/ sejat..

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?