MENGINAP 1 MALAM DI HOTEL ICON SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


SETELAH 5 hari bercuti, hari ini Sk kembali ke pejabat. PI masih cuti lagi tu sampai esok. Lepas tu, dia tanya, esok (pagi ni) dia nak sarapan apa? Hurmmm.. gohead aje la kereta ke Restoran Thoufeeq tu.. senang. SK malas nak fikir, hehehe. Sk sendiri pagi ini, menapau Soto dari kantin, extra leher dan ceker, hehehe.


Kisah menghantar pengantin ke Temerloh, akhir bulan lepas, PI ajak bertolak pada petang rabu selepas kerja dan bermalam dahulu di Segamat sebelum bertolak ke Temerloh pada pagi khamis. Sampai Segamat, sebelum ke hotel, kami singgah makan malam dahulu di Restoran Nasi Lemak Lagenda yang terletak sebelum sampai bandar Segamat.


Pesanan makanan dan minuman perlu dibuat di kaunter dan hendaklah dibayar dahulu. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja oleh staf.



Sk makan Nasi Lemak Sambal Kerang, Iman makan Nasi Lemak Ayam Goreng dan PI, Sk lupa pulak dia ambil lauk apa, tak silap PI ambil Sambal Kerang jugak. Nasi Lemak sedap, sambal sedap, servis laju dan pekerja pun ramah. Disyorkan la kepada mereka yang gemar makan nasi lemak malam-malam, hehehe.


Lepas makan, kami menuju ke hotel. Ini kali ketiga la Sk bermalam di Segamat dan kali pertama bagi Iman. Melalui jalan nak hotel nampak ada bazar, meriah sungguh tapi penat pulak nak singgah.



Di hadapan hotel ada lot parkir berbayar. Ni kalau letak kereta dekat lot depan ni, kena bersedia untuk buat bayaran dalam aplikasi parkmax @ Johor tapi jangan risau kerana hotel menyediakan medan letak kereta secara percuma di belakang hotel yang diterangi lampu limpah pada waktu malam.



Setelah dua kali bermalam di Hotel VIP Segamat, kali ini PI pilih Icon Hotel. Hotel ini tiada pakej penginapan dengan sarapan.



Harga bilik pula berbeza bagi bilik tanpa tingkap dan bertingkap. Tak silap Sk beza dalam RM20.



Deposit RM50 dikenakan. Hotel lengkap dengan wifi dan selesa. Bilik air dia besar macam boleh muat sebuah katil saiz single. Ia juga sesuai untuk kegunaan OKU. Tak pastilah semua bilik ke macam tu atau kami yang diberikan bilik OKU sebab di bilik air dipasang besi pemegang untuk kemudahan OKU. Tekanan air pun lajuuuu.


Singgah nak tidur sekejap aje, kan, kami ambil bilik dilengkapi dua katil Super Single dan rapatkan keduanya, bolehlah tidur bertiga. Sk mengalah la tidur tengah-tengah tapi Iman kata, awal pagi tersedar, dia terhimpit ke dinding, nasib ada dinding, kalau tak agaknya tahu-tahu dah kat lantai, hahahaha. 


Kami check out awal pagi dan singgah bersarapan di Restoran Haji Omar, tak jauh dari pusat bandar. Kira masih dalam bandar lagi la sebenarnya. Restoran ni tepi jalan menghala ke Labis, kira macam berpatah balik jugak tapi tidaklah jauh sangat.



PI makan Roti Telur Bawang, Iman makan Roti Telur tanpa bawang seorang sekeping.


Sk makan roti tanpa telur dan bawang, dua keping la tapi. Lepas tu, PI suruh Sk ambil sepinggan mihun, tu takpa, dia makan dua sudu aje kot, yang lain Sk la kena habiskan. Iman, memang tidak lerrrr. Dari Segamat kami terus set pada waze alamat homestay yang kami akan inap sepanjang di Temerloh. 


Bersambung cerita di Temerloh pulak di blog akan datang, InsyaAllah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah lama betul bercuti tu. Selamat kembali bekerja. Saya pun tak sampai lagi warung nasi lemak lagenda ni. Tak tahu pun kat mana. hihi...Teruk betul orang Segamat ni.
    Ohh Icon hotel ni nampak okay juga. Paling ok tu lah VIP Hotel.
    aduh, lawak lah dak Iman. Mujur tidur sebelah dinding. Kalau takde tu, entah-entah dia pun tak sedar dah kat bawah lantai. kikiki...
    Macam jauh jugak tu kalau dah menghala ke Labis. hihi...

    ReplyDelete
  2. Selesa sungguh penginapan di Hotel Icon Segamat ini! Bilik air mesra OKU dan parkir percuma memang memudahkan. Tempat penginapan bajet yang recommended untuk transit.

    ReplyDelete
  3. Kelakar pulak baca cerita Iman terhimpit kat dinding tu, nasib baik ada dinding kan kalau tak dah sampai bawah lantai. Sambungan cerita kat Temerloh nanti jangan lupa update cepat-cepat ya SK, tak sabar nak baca ;)

    ReplyDelete
  4. kak ana kan pernah lah sekali ambil bilik tanpa tingkap ni SK, sebab nak tidur kejap je nak ke KLIA kan, tapi lemas lah rasa hehe, walaupun kita duk dalam aircond bukan nak buka tingkap pun kan , adoi :)

    ReplyDelete
  5. Dulu2 nasi lemak makan pagi je. Sekarang memalam pun ada menu nasi lemak. Nampak best pulak nasi lemak kat situ ada daun pisang.

    ReplyDelete
  6. Kat Johor agaknya orang memang suka makan nasi lemak tak kira siang dan malam kan. Tetiba teringat nasi lemak atas bukit tempat Sislin bawak kat Pasir Gudang huhu... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah blog SK dah kembali. Semalam nak baca tak boleh post ni, blog kena remove katanya bila kita klik link ke sini.

    Btw, PH hantu nasi lemak. Siang ke malam onz je nasi lemak :)

    Bilik nampak selesa dan bersih 👍🏻

    ReplyDelete
  8. selamat kembali blog serikandi tanah jauhar ni...
    kan sonang cakap roti kosong...jauh dia kona sebut roti takde telur dan bawang hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!