MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, June 6, 2010

OLE-OLE DARI UTARA

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT PAGI... Kali ini Alam Sari bersiaran dari utara...

SAYA sampai di teratak Mak Mertua yang disapa Tok Min di kalangan cucu-cucunya pada pagi semalam hampir pukul 6 pagi. Dalam meneman suami memandu tu, saya curi-curi juga tidur, tapi bila terdengar dia berdehem sikit atau bau asap bersama desiran angin malam, cepat-cepatlah saya menegakkan badan. Dalam hujan lebat, kami sampai rumah mak, terus sambung tidur selepas borak-borak sekejap dengan kakak yang sulung.

Ni dah 1 pagi, rumah masih riuh-rendah, almaklum cuti sekolah, ramailah cucu yang berkumpul. Seorang dari Johor, empat dari Perak dan seorang lagi dari Australia.. macam nak pecah rumah dibuatnya. Suka hatilah... Itupun nasib baik yang sepuluh orang lagi belum sampai, kalau tak.. gamat!

Jom.. layanz aktiviti saya dan En Suami hari ni...

nak gi Padang Besar.. inilah lokasi filem KL Menjerit...




Yaya tak mahu ikut.. kami jalan berdua jer...

kosong jer kat belakang tu...


sesiapa pernah sampaisini mesti rasa macam ada kat sini jugak kan...


kalau nak tahu... inilah tempat wajib setiap kali balik kampung... ntah apa-apa yang dicari...

pemandangan dari atas kompleks arked mara

kali ni datang semata-mata nak makan dan beli jersi...

pas tu tengok-tengok kalau ada apa-apa yang luar biasa sikit... hik.. hik..


balik tu singgah beli Mee Abu yang terkenal di Alor Setar... kat Teluk Wan Jah..

tapi minta maaflah, saya lupa nak ambil gambar mee abu tu.. alah, mee rebus, tak boleh lawan mee rebus haji wahid atau mee rebus stulang. Lepas tu singgah Pekan Rabu, nak cari pekasan dan sebagainya, parkir kereta tak ada, terpaksa tinggalkan kat tepi jalan. Kerana kelam-kabut, lupalak nak ambil gambar suasana di Pekan Rabu.

teringin lak nak makan ayam radix... kat JB lum ada.. lupa gak nak ambil gambar ayam.. dah habis, Cik Puan Bibik dah kemas kotak-kotaknya.. hihi
pada pendapat saya, sedap jugaklah RFC ni... nyum.. nyum..

Sekianlah sahaja aktiviti saya hari ini... nak tidur sudah...

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...