MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, November 29, 2010

PERUT & BABAT LEMBU MASAK LEMAK CILI PADI


ASSALAMUALAIKUM wbt

YANG ini bukan saya masak, ambil dari rumah ibu. Perut dan babat datangnya dari lembu korban nenek saudara. Alhamdulillah, kali ini bukan saja dapat daging, tapi dapat kaki, perut dan babat. Memang feberet punya harta karun tu. Resepi rasanya samalah macam orang lain masak lemak cili padi. Bagi keluarga kami orang Johor ni, masak lemak cili padi menggunakan bawang. Masa makan tu, ada juga terjumpa daun limau purut.

Apa bezanya perut dan babat? Perut ni agak licin strukturnya, manakala babat pulak yang strukturnya macam tuala tu. Sebenarnya dua-dua ni bukan kegemaran, kalau ada saya makan, kalau tak ada, saya tak cari. Tapi kalau sup kaki lembu... aihhhhhh... memang tak toleh kanan kiri.. hihi. Layan gambar jerlah ya..

3 comments:

  1. Sup perut pun sodap!! Akak suka...tapi di usia sekarang kena kurangkan...

    ReplyDelete
  2. sari..akak suka sangat perut/babat masak lemak cili api tu..sedap sangat..campur pulak dengan rebung..wala..meleleh air liur dah ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Anie, betul Kak Anie, tak boleh makan banyak, kolesterol tinggi tu..

    Kak Erna, alah.. akak cakap pasal rebung lak, adoiii.. lama tak makan tu..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...