MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, February 28, 2010

Tat Keju Berry Biru

TAT KEJU BERRY BIRU??? Blueberry Cheese Tart-lah, atau popular dengan nama 'cistat'. MESTI ramai yang dah ada resepi ni kan. Penat jugalah saya mengutip dari satu blog ke satu blog resepi ni, boleh dikatakan hampir semuanya menggunakan resepi yang sama. Tapi semalam, masa jalan-jalan kat satu kedai buku yang fofular tu, saya telah terjumpa satu buku resepi 'kompilasi hidangan berkeju' oleh Noraini Zakaria. Mmm, ada 60 resepi yang best2, terselit juga lah resepi ni. Bila saya bandingkan nampaknya ini cara yang paling mudah untuk membuat cheese tart. Mula tu takut gak tak jadi, tapi sukses, cuma rupa tu memang agak teruk gaklah, maklum.. first time buat. Acuan tart pulak takde, saya pun tak tahulah acuan saya ni untuk kuih apa sebenarnya.. lego jerlah. Tapi penat gila... patutlah orang jual mahal ek.. mmm, aku ni pandai komplen mahal jer, dah buat baru tau.
Jadi nak gaklah selit2 resepinya di sini.. mana tau ada gak yang baru belajar kan.. jom.. makan blueberry cheese tart. Oh, ya.. ni komen adik saya, "walaupun rupamu buruk.. tapi rasanya sedap. Memanglah sedap, pasal buat sendiri.. mewah dengan cheese dan blueberry filling.. Satu lagi bahan-bahannya saya dah beli sebelum Tahun Baru Cina lagi tapi asyik tak berkesempatan nak membuatnya.. ni baru betul-betul sempat..

Tat Keju Berry Biru
Bahan Pastri:
45ogm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan Pastri:
1. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi hingga adunan berkrim
2. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata hingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh kecil-kecil,(Langkah ini tidak diberitahu dalam buku resepi atau pada mana-mana resepi tart, telah saya praktikkan dahulu, ini cara yang mudah). tekan setiap ketulan doh dalam acuan tart dan bakar antara 15 hingga 20 minit.

Bahan Inti:
250gm krim keju
60gm gula kastor
50 gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberry

Cara Menyediakan Inti:
1. Putar krim keju, mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.


Cara mengisi inti... (nak bagitahu jugak.. hehe)
Sebenarnya ada banyak ragam mengisi inti ni, bergantung kepada citarasa masing-masing. Orang yang nak meniaga mestilah tak sama dengan orang yang nak makan sendiri kan.., terpulanglah kepada anda. Saya lebih suka meletakkan inti blueberry dahulu diikuti adunan keju, kemudian barulah saya tambah sedikit lagi inti blueberry dan lorekkan pusingan2 dengan lidi... mmm, barulah betul-betul rasa blueberry dan cheesenya.. lemak2 masam gitu.. cuba tau.

jangan pandang pada rupa ya..

Wednesday, February 24, 2010

Nasi Ayam Penyet Resepi Asli... katanya...

MELAYARI blog-blog dunia masakan di internet, banyak sekali terjumpa resepi ayam penyet ni. Masih ingat lagi, mula-mula dulu saya jumpa ayam penyet ni masa makan di Leisure Mall, tapi saya tak pernah order pun, pasal orang cakap.. orang cakaplah... ayam penyet ni ialah ayam goreng yang dimakan dengan sambal belacan. OIC, ayam goreng ngan sambal belacan.. tapi sepinggan mau cecah RM8, buat sendiri lagi baik, saya cakap.
Banyak jugalah jumpa restoran-restoran yang menghidangkan ayam penyet ni.. ada tu dia tulis ayam penyek. Mmmm, yang mana satu ek, penyet ke penyek? Tapi sebenarnya maksud tu sama.. cuma di Indonesia disebut penyet,sampai sini ada yang panggil penyek.. suka hatilah.
Sebenarnya saya belajar masak Ayam Penyet ni dah lama jugak, tapi maklumlah baru-baru ni jer ada masa dan kesempatan nak berblogging ni, jadi bolehlah saya kongsi resepi saya ni. Tak tahulah sama ke tak dengan resepi orang lain, sebab setakat ni saya tak jumpa lagi resepi yang sebijik macam saya punya.
Resepi ni saya dapat dari Tiasmi, pembantu ibu mertua yang dulu saya cerita masakannya yang tip top tu. Menurut Tiasmi, ini resepi asli, penyet tu yang benar ya buk, ayamnya diletakkan pada lesung kayu berbentuk piring, bawahnya di letak sambel, pas tu dipenyet (penyet dengan menekan anak lesung kayu ke atas ayam, bukan diketuk).
Duh, asyik potpet2 jek, respinya gax diberi juga ya.. hehe...

Ayam Penyet
(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.


Enak dimakan bersama nasi putih, jemput makan...

p/s: timun dah hiris lupa nak letak.. hehe

Monday, February 22, 2010

janji Sate Kajang

HARI NI nak sambung lagi kisah jalan-jalan cari makan... belum.. tak habis lagi. Lepas makan mee udang di Kuala Sepetang hari tu, kan cadangnya nak tidur semalam kat Damai Laut Resort, tapi takde bilik punya pasal, perjalanan terpaksa diteruskan ke Kuala Selangor untuk mengelakkan lebuhraya yang tak habis-habis dilaporkan sesak oleh unit trafik Sinar.
Suami mencadangkan kami cari makanan laut di jeti Kuala Selangor. Mula tu saya setuju jugak, ialah.. bila lagi nak sampai Kuala Selangor tu kan. Tapi pikir-pikir, macam boring pulak asyik makan seafood jer.. entah macammana tiba-tiba terlintas nak makan sate kajang.
Rasanya last makan sate kajang ni adalah lebih kurang 12 tahun dulu, masa bawa student bertanding Johan Kemahiran Malaysia di PERHEBAT, Sungai Buloh. Dah lama nak cari sate kajang ni, tapi maklumlah.. tak arif sangat jalan nak ke sini.
Pulak tu, baru-baru ni Datuk Hj Samuri yang popular dengan sate kajang yang dikomersialkannya tu, keluar kat ruangan Bisnes Berita Harian.. wawawa... maka makin meruap-ruaplah keinginan nak makan sate kajang tu.
Picit punya picit GPS tu, jumpalah lokasi sate kajang, kat mana lagi kalau bukan kat Kajang. Kami pun mengikutlah arah yang ditunjukkan tu, ntah ke ceruk mana-mana, last-last dia suruh masuk highway. Lalu gak dua, tiga pondok tol.. perghh.. dasat betol orang KL, satu hari ntah berapa banyak duit tol diorang nih.
Akhirnya kami sampai di bangunan Sate Kajang Hj Samuri yang tersergam dengan signboard yang berlampu kuning terang tu...

fuhhh, dari jauh dah nampak, bukan main ramai umat berpusu-pusu. Dasyat tol, macam tak pernah makan sate... (Akupun ker???)
Nak parking pun susah, tapi demi sate kajang, kami gagahkan juga.. Yaya pulak memang favourite dia sate. Sampai jer depan restoran.. huh..tak sanggup rasanya nak mencelah. Ramai rombongan yang masih berdiri menunggu meja kosong. Dan yang kat meja tu pun nampaknya belum makan lagi. Orang berbaris nak order sate punyalah ramai. Huhu.. saya dan suami kalau nak makan nak cari tempat yang aman dan tenang, tak sanggup nak berebut macam tu.
Lalu jalan yang terbaik ialah memilih lokasi gerai yang lain, takpelah tak dapat sate Hj Samuri.. janji sate kajang..
yaya teruja menunggu sate di pondok yang comel

inilah sate kajang yang diidamkan..

Sunday, February 21, 2010

Ayam Golek Encik Zanussi

"KANTIN DAH TUTUP"... huhu. Teriak saya kepada anggota keluarga.. tak ramai, yang ada suami dan anak saja.. hehe. Apa maknanya tu.. maknanya lepas ni sape-sape nak makan kena buat sendiri.. huhu.
Baru siap kemas dapur, rasa cam nak berehat sepanjang minggu depan selepas dua hari berhempas pulas di dapur. Dan hari ini pukul 10 tadi saya buatkan sarapan nasi goreng kampung, pasal sayang nak buang nasi semalam yang masih elok lagi.
Sebenarnya sejak memiliki Encik Zanussi, saya asyik berangan nak buat ayam golek. Pernah satu hari tu saya beli ayam, kononnya nak buat ayam pusing dalam oven, tetiba jer encik suami telah kerat 18. Jadi hari ni mesti jugak mencapai cita-cita tu. Ayam tu konon nak masak semalam masa tetamu datang, tapi sampai ke petang tak jugak lembut-lembut walau dah seharian berendam. Jadi malam tadi baru dapat marinated. Bukan susah sangat, hentam saja apa yang ada, janji golek.
Tuang jer sos tiram, madu, rempah barbeque dan rosemary, pas tu biar jer dia duk dalam peti ais. Encik suami kata nak makan kul 3, jadi lepas zuhurlah baru mula acara masak-masak ni.
Saya cakap, tak payah masak nasi, nanti ayam makan sikit pulak. Kita (saya sebenarnya) goreng fries, buat coleslaw ngan brokoli.
Tapi ayam saya tak boleh golek jugak nampaknya, pasal tersangkut dengan tray yang saya alas, nanti kotor pulak encik zanussi saya.. huhu. Takper, yang penting nak dia keluar seketul, bukan kerat 18.

duh.. duh.. tak mo pusing plak..

janji nak macam kat ayam pusing tu..

dush! sebenarnya saya dah susun elok-elok dalam pinggan tapi encik suami suka dengki sama saya tau, suka sakat dah jadi porak peranda gambar ni..

Mee Bandung Mak Pon

PETANG semalam saja panggil keluarga Angah, Ibu dan Ani makan kat rumah. Maklumlah.. dah lama rasa tak ajak diorang makan-makan. Tu yang buat cup cake sampai dua jenis semalam, dah macam ada party pulak.. hehe.
Kali ni saya masak mee bandung, tak pernah masak menu ni. Dulu Kak Anim (kawan sekerja) ada bagi resepi mee bandung, tapi tak pernah cuba. Jadi bila Ezreen jual perencah mee bandung Mak Pon ni, saya belilah, saja tolong habiskan jualan kawan-kawan.. hehe.
Kalau ikut dalam resepi pada peket tu, kena guna air rebusan tulang lembu, tapi payahlah pasal kat rumah takde tulang lembu, tulang ikan adalah, jadi saya gunakan udang dan sotong sahaja. Jom kongsi resepi..

Mee Bandung
Bahan-bahan:
1kg mee kuning
1 peket perencah mee bandung Mak Pon
300 gm udang basah
200 gm sotong
2 keping fish cake
sayur sawi secukupnya
bawang goreng untuk ditabur
air secukupnya
8 biji telur ayam (pilihan.. direbus)

Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam kuali yang besar. (saya letak 3 mangkuk besar air)
2. Apabila air hampir mendidih masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan perencah mee bandung ke dalam mangkuk lain, letakkan sedikit air dari kuali tadi, sebatikan perencah. Tuang semua perencah ke dalam kuali. Masukkan fish cake.
4. Masukkan sayur sawi, kacau rata kuah, masukkan mee kuning.
5. Jika suka pecahkan telur satu persatu ke dalam mee. (Saya gunakan telur rebus supaya lebih mudah)
6. Apabila telah sebati bolehlah dihidangkan bersama bawang goreng.


hidangan untuk makan ramai-ramai, kalau makan dua orang, pandai-pandailah adjust ye

perencah untuk orang yang malas.. hehe

Saturday, February 20, 2010

Muffin Coklat Cip Vanila

DUH.. duh.. banyak lagi muffin cup ni. Tak tahan rasa tengok.. hehe. Sebenarnya hari tu saja beli yang packing 100 punya, senang.. tak payah ulang-ulang pergi kedai. Tapi bila ada banyak, ligat jer rasa nak buat macam-macam muffin.
Hari tu masa balik Kedah, sajalah belek-belek majalah yang kakak ipar beli. Ada majalah RASA (tak silap.. lupa pulak pasal banyak sangat), Disember 2009. Kalau cari kat kedai, tentu dah tak ada. Kebetulan pulak ada banyak resepi muffin, menyalin jugaklah, rugi tu kalau tak cuba. Jadi hari ni terlanjur ajak mak, Angah dan Ani datang rumah makan mee bandung, nak jugaklah jamu dengan cup cake. Seronok gak tengok mak makan dua ketul, kalau saya makan sedap, kompom sedap sebab tekak saya jarang menipu.. huhu.

Muffin Coklat Cip Vanila

Bahan-bahan:
375 gm tepung gandum*
2 sudu kecil serbuk penaik* (* ayak bersama)
250 gm mentega
225 gm gula kastor
210 ml susu segar (saya guna susu rendah lemak)
3 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
100 gm coklat cip

Cara-caranya:
1. Putar mentega, gula dan esen vanila hingga putih dan kembang.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar sebati.
3. Perlahankan mesin, masukkan susu segar, pukul rata kelajuan sederhana.
4. Matikan mesin, gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.
5. Masukkan coklat cip, gaul lagi hingga rata.
6. Sudukan adunan kurang 3/4 penuh mangkuk muffin, bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.


Sempat jugalah saya sapukan permukaan muffin tu dengan coklat ganache dan hiaskan sikit-sikit.. hehe.. saja suka-suki. Nak buat lebih dari tu lum pandai lagi.. huhu..

RED VELVET vs RED DEVIL..

WAWAWAH.. sukanya saya. Lepas juga gian buat cup cake selepas seminggu tak mem'baking' apa-apa. Semalam tak sabar-sabar pergi C Siang pasal nak tambah-tambah muffin cup. Ni semua gara-gara baca blog CMG malam kelmarin. Sebenarnya masa baca blog CMG tu tak perasaan resepi cupcake CMG tu tak perlu guna mixer, pasal baca sekali lalu.. malam Jumaatlah katakan.. ishhh.. bukan pasal tulah.. banyak sangat kisah malam keliwon ni.. tu yang ada sikit seram.. hehe..
Kalau baca betul-betul mesti saya bantai buat pukul 12 malam tu jugak.. huhu pasal adunan ni cuma perlu dikacau-kacau je.. tapi kena satu arah, jangan pulak suka hati nak pusing ikut jam ngan lawan jam.
Resepi ni kata CMG asalnya dari Kak Jun@ yummylicious.. minta maaflah kalau silap. Kat rumah Kak Jun nama kek ni Red Velvet Cuppies, tapi sampai rumah CMG, dia bagi lagi sensasi Red Devil Cup Cake.. hah.. seriauuu.. gitu.
Jadi bagi sesiapa yang vegetarian tu kek ni memang sesuwai...sesuai juga kalau nak menjimatkan telur macam saya.. hehe..
Jom salin resepi...

RED DEVIL CUP CAKE
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan, Jun Yummylicious
Bahan-bahan:
1 cawan susu soya @ susu segar ( saya guna susu rendah lemak)
1 camca teh cuka epal (saya guna cuka biasa)
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bikarbonat*
1/2 camca teh garam* (* ayak sekali)
1 cawan gula halus (CMG kurangkan 2 sudu besar, saya pun...)
1/3 cawan minyak canola (CMG guna minyak jagung.. saya pun..)
1 sudu besar pewarna merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanila
1/4 camca teh esen badam (CMG gebu tak letak, pasal tak ada, saya pun tak letak..)

Cara-caranya:
1. Panaskan oven 180C. Satukan susu dan cuka, ketepikan.. biar mendidih @ menjadi seperti yogurt. Kalau nampak agak berketul tupun okeylah tu..
2. Dalam satu bekas lain, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanila, esen badam & bancuhan susu dan cuka. Kacau rata hingga gula larut.
3. Masukkan campuran tepung sedikit-sedikit, kacau rata dalam satu arah.
4. Sudukan ke dalam mangkuk muffin kurang sedikit dari 3/4 pemuh. Bakar selama 20 minit. Sedap dimakan keesokan harinya.


ni mesti cuba ya..

Friday, February 19, 2010

Batu Uban pulak..

AHLAN WASAHLAN.. dah baca kisah kat Anjung Batu tu? Ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau sebagainya cuma nak anda sendiri menilai harga cekik darah oleh peniaga-peniaga kita yang tidak berperikemanusiaan.
Bayangkan kami ni cuma tiga beranak yang datang makan, apalagilah orang yang datang adik-beradik dan cucu-cicit semua diangkut, sampai kena sambung dua tiga meja.
Masa kami di Anjung Batu tu, kami di caj sebanyak RM71. Berpatutanlah rasanya, lima bungkus nasi lemak, kerang bakar XL sekilo (saya tak tahu staf AB tu ceduk sekilo.. huhu.. tak perasan, terpaksa habiskan), udang XL dalam 300gm kot (banyak juga sepinggan rasanya), sotong XL bakar 3 ekor, ikan jenahak saiz M masak sweet sour.. Suami masuk kereta senyum tanda puas hati dengan kualiti dan kuantiti.
Agenda makan-makan diteruskan di Medan Ikan Bakar, Batu Uban, Penang, dua hari selepas itu. Memandangkan petang tu kami dah singgah di Padang Brown pekena 'pasemboq' dan mee bandung (order satu jer.. kongsi tiga orang), jadi apabila sampai di N**** Ikan Bakar, kami tidak meminta nasi, tomyam dan sebagainya. Nak buat syarat, suami ambil tiga ekor sotong dan lapan ekor udang XL, mereka buat Penang style, bakar sambal cicah air asam.. perghh.. best tul air asam tu, tak pernah jumpa yang sedap macam tu. Dan apabila bayar bil, suami buat muka 14, langsung tak melayan sang tokey bermisai tebal yang ramah tamah tu.. Saya mengambil resit dari tangan suami, mula tu tak terkejut sangat, tapi bila tengok betul-betul... fuuhhhhhhh! RM71.20, untuk dua perkara sahaja iaitu sotong, RM12 dan udang RM54, yang lain tu duit air. Nampaknya kali pertama dan terakhirlah kami makan di situ, huh.. berapa ramai lagikah yang bakal jadi mangsa tauke misai tebal ular sawa tu yek...

RM54?????

yang ni RM12

tapi air asam ni memang power.. agaknya yang ni pun dia kira sekali dalam caj udang tu..

kisah Anjung Batu..

AGENDA sebenar sang suami beriya-iya mengajak pulang ke kampung adalah untuk membesarkan lagi perutnya yang sedang-sedang saja tu.. agaknyalah.. hehe.
Sang suami hobinya memang suka makan di tempat-tempat tertentu manakala si isteri pula lebih bertindak sebagai tong sampah.. menghabiskan makanan apabila sang suami sudah tersandar sebab kekenyangan burbbbbbbbb!!!
Manakala sang anak selalu memuncungkan dirinya apabila dipaksa makan, lainlah kalau makan McD.. itupun cuma boleh makan sebulan sekali.

yang boleh makan hari-hari cuma aiskrim dan ABC

pulang ke kampung waktu malam kami singgah di Anjung Batu, fuh.. sampai sana tengok sotong pun mata dah kuyu..

tapi sang suami tetap teruja apalagi udang segar bugar

siakap senohong gelama ikan duri, sang isteri pandang pun dah naik ngeri

yang ni kami surrender takut kulit tersangkut kat celah gigi

Anjung Batu pun dah lengang, tokey tengah kira duit kat belakang

dah tau kalori tinggi nasi lemak jugak yang dicari

kicap masin sangat, agaknya pasal t***** nak kawen empat..

semua dah terhidang kalau mak mentua lalu pun tak perasan

Thursday, February 18, 2010

enaknya Bakso

SUDAH dua kali berturut-turut, bila saya pulang ke kampung, Tias begitu rajin menyediakan bakso buat santapan kami sekeluarga. Bakso yang dimasak Tias memang agak istimewa berbanding bakso yang dijual di warung-warung. Apa istimewanya?
Istimewanya sebab kami boleh letak berapa banyak bebola daging yang kami suka.. haha.
Jom, salin resepi.. lepas ni tak perlu membeli lagi lebih-lebih lagi bagi mereka yang agak was-was nak membeli bakso tu..
Cara Menyediakan Bebola Daging
Bahan-bahan:
1 peket daging cincang (boleh juga gunakan ayam cincang)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit serbuk lada hitam
sebutir putih telur
2 sudu tepung jagung (atau secukupnya)
garam secukup rasa
sedikit minyak
Caranya:
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2.Bulat-bulatkan kecil-kecil, letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.
3.Masukkan dalam seperiuk air mendidih, apabila timbul, bolehlah diangkat. Ketepikan. Simpan air rebusan.

Cara Menyediakan Sup Bakso
Bahan dan cara:
Tulang lembu secukupnya. (boleh gantikan dengan ayam)
3 biji buah keras*
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit lada hitam* (* tumbuk semua bahan, leburkan ke dalam periuk air rebusan bebola tadi bersama tulang lembu atau ayam)


inilah bakso daging yang belum sempat dituang kuah supnya.. hehe
Bahan Sampingan:
Mi Kuning/ Mihun/ Kuey Tiow
Sayur Sawi (dipotong kecil)
Cili padi (ditumbuk halus)
Timun (hiris sederhana, gaulkan dengan gula dan cuka)
bawang goreng
kicap manis
sos cili
Cara Menghidang :
1. Masukkan mi ke dalam mangkuk.
2. Letakkan sayur sawi, timun, kicap dan sos cili.
3. Tuangkan kuah sup bakso.
4. Letakkan sambal cili padi.


yang ni bakso ayam.. cubalah ya...

ALAM SARI

SEBENARNYA saya masih lagi belum berpuas hati, masih mencari-cari tajuk blog yang paling serasi dan dekat dengan diri saya. Semasa dalam perjalanan pulang ke selatan tanahair kelmarin, saya terpandang satu papan tanda yang betul-betul melekat di jiwa saya. Jadi mulai saat ini blog ini yang pada asalnya bertajuk 'Apa Cerita Sari', kemudian ditukar ke 'Semalam yang ku tinggalkan', kali ini mungkin saya tidak perlu menukar namanya lagi.. saya abadikan.. 'ALAM SARI' buat tatapan anda. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada blog ini. (sayangnya saya tak teringat langsung nak ambil gambar papan tanda tu)

Wednesday, February 17, 2010

Ambil gambar pun jadilah...

SELEPAS menjamu selera di pekan kecil Kuala Sepetang, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke selatan. Tiba di persimpangan lampu isyarat menghala ke lebuhraya, kami terpandang satu papan tanda yang menunjukkan arah le Lumut dan Pangkor. Kebetulan lampu isyarat menunjukkan isyarat berhenti, jadi kami berkira-kira sama ada hendak belok masuk ke kanan (plus highway) atau meneruskan perjalanan ke Lumut. Kebetulan, cuti kami pohon masih berbaki sehari, mmm, kami pandang memandang sambil mengangkat-angkat kening. Nampaknya kedua-dua pihak telah bersetuju dan kami menghala terus ke Lumut.
Berpandukan pengetahuan am sedikit-sedikit yang saya dan suami tahu, kami menggunakan GPS untuk mencari penginapan yang terdapat di Lumut. Serta merta dalam kepala terlintas, Damai Laut. Saya mencari 'Damai Laut' di GPS sedangkan suami terus memandu mengikut arah papan tanda. Yes! Dapat, Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut. Kami terus mengikut arah yang ditunjukkan sambil mengharap adalah bilik yang masih kosong sedangkan amatlah mustahil rasanya memandangkan Cuti Tahun Baru Cina belum habis lagi.
Hati yang mulanya berbunga riang serta merta menjadi layu apabila staf di kaunter penyambut tamu memberitahu hanya Villa sahaja yang masih tinggal. Kami menelan liur mendengar harga yang disebutkan. RM1200++.. perghh.. boleh bayar loan rumah untuk dua bulan.. haha.. tapi tak pe.. sempat lagi ambil gambar.

pintu gerbang ke SGSDL..
pemandangan sepanjang jalan ke hotel

saujana mata memandang.. memang syok tengok laut Pulau Pangkor dari lobi hotel

betul2 rasa Raya Cina

Menikmati Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang



ALHAMDULILLAH.. selepas sekian lama saya dan suami begitu teringin untuk menjamah sendiri Mee Udang Banjir yang begitu terkenal di Kuala Sepetang yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan, akhirnya hajat kami terlaksana juga semalam.
Kalau selama ini kami cuma dapat melihatnya di kaca tv atau suratkhabar dan internet, kini kami boleh merasa sendiri keenakan mee udang yang selalu dicanang-canang.
Kenapa dipanggil mee udang 'banjir' ye? Hmmm... sekurang-kurangnya lapan ekor udang dicampakkan ke dalam makanan yang anda pesan, tidak kiralah sama ada anda memesan mee udang, mee goreng, kuey teow goreng ataupun nasi goreng. Dan harga semangkuk menu dari setiap yang saya sebut tadi adalah RM7.00. Jadi bukanlah luar biasa, lainlah kalau harganya semangkuk RM3.00, betultak? Logiklah kalau hidangan anda banjir dengan udang, kerana RM7 itu.. hehe.
Bolehlah nanti kalau kita pergi ke kedai tomyam, kita minta dia buatkan banjir udang ke, sotong ke.. asalkan kita sanggup membayar, tentu mereka pun sanggup nak memasaknya..
Kalau sesape yang suka makan yang special-special tu, harga semangkuk menu dengan status 'special' tu, ialah RM11.00. Tapi masa kami sampai tu, udang special belum sampai, jadi yang ada yang kurang special, kalau ada, nak juga kami tengok cemane rupanya yang special tu.
Tapi tak pe, yang penting.. dah tau cemane rupa dan rasanya mee udang banjir..mmm, boleh tahanlah, penuh dengan rasa udang, (p/s: tentulah tinggi juga kolesterolnya..)tak sia-sia kami mencari Kuala Sepetang ni. Jom layan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di Kedai Mak Jah yang terletak di hujung sekali antara deretan Kedai Mee Udang di pekan Kuala Sepetang.




Orang ramai sangat.. janggut udang pun tak gunting.. hehe


Kuey Teow dalam sampan.. dush2! (tak boleh lawan Aat Char Kuey Tiaw 'Kuala Ketil')

alamak.. dah nak balik baru sampai.. yang ni sekilo RM60.. kalu tak mau jugak try

Sunday, February 14, 2010

PEDAL SAMBAL HIJAU

PANASNYA cuaca hari ni, sekarang ni saya berada di kampung suami di Kuala Ketil, Kedah. Dah tiga hari berada di sini, cuacanya memang jangan cakap, panas berdenting.
Hari ni saya nak kongsikan resepi yang dimasak oleh pembantu ibu mertua saya, Tiasmi. Boleh dikatakan apa saja menu yang disediakan Tias memang tip top, resepi ini adalah kesukaan saya, kalau saya balik kampung, mesti Tias akan masakkan, jom.. salin..

Pedal Sambal Hijau


Bahan-bahan:
300gm pedal ayam (jika suka boleh tambahkan hati ayam sekali)- gaul dengan kunyit dan garam, goreng
sepiring kecil cili padi hijau, rebus dan kisar
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih* (ditumbuk)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing
2.Masukkan cili padi hijau yang direbus dan dikisar tadi
3.Tumis lagi hingga garing, masukkan air asam jawa, gaul rata dan masukkan garam.
4.Masukkan pedal dan goreng lagi hingga garing dan sebati.

p/s: memang sedap dimakan bersama nasi panas.. perghhhh!

Thursday, February 11, 2010

Anakku yang kreatif..

SATU hari semasa mengemas bilik Yaya...

potret ni tempah dengan En Ramzan

katil kemas.. lulus.. bagus..

yang ni dah tak tau nak cakap macammana, dah 88x kemas, lagu tu jugak

suka tampal-tampal stickers kat almari

seperti ada sesuatu dalam beg itu..

check it out!

huwaaaaaaaaaaaaaaaa...............!!!

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?