KEK OREN MABELES (BLENDED)

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

ASSALAMUALAIKUM wbt

KEK yang sangat sedap dan mabeles di tekak saya. Sebenarnya saya tahu tentang kek oren ni dari kakak ipar saya yang berada di Gerik, Perak. Sekadar tahu resepinya mudah tapi tak pernah membuat.. hehehe. Kak Roz kata, masukkan oren (beliau guna lemon), masukkan telur, masukkan gula, masukkan minyak, blendddddddddd.. lepas tu masukkan tepung yang dah dicampur dengan baking powder. Dia naik tinggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Memang menggebulah hati nak membuatnya tapi memandangkan masa Kak Roz bagitahu tu (beliau tulis dalam status fb) saya benar-benar sibuk jadi saya tangguhkan dulu lagipun stok oren dan segala buah memang tak ada di rumah sebab orangnya pun tak selalu ada di rumah. Tiba-tiba kek oren ni meletops dari rumah ke rumah. Aik! Femes giler... ramai dah buat.. Mas.. HaSue.. Kak Ilah, Ita dan ramai lagilah.. (maaflah kalau ada nama yang tak tersebut) Apapun terima kasih kepada tuan empunya resepi asal kerana menurut Kak Roz, beliau belajar buat kek oren ni masa mengajar di Penang. Kak Roz duduk mengajar di Gerik pun rasanya dah lama, jadi resepi kek ni mestilah resepi orang lama-lama dulu-dulukan... hik.. hik. Ilmu yang disampaikan, insyaAllah tuannya akan terus mendapat hasanah selagi diteruskan ilmu itu oleh orang lain dan orang lain pula.. Alhamdulillah.

Seru nak membakar kek ni tiba-tiba sampai malam tadi. Hati rasa macam tak tertahan jer tengok buah oren yang beli kat pasar malam isnin di Taman Teratai. Wallaaaaaaaa... semua kata sedap, jadi lepas siap makan malam semua, niat nak melipat kain (baca entri ni) terbantut bila teringat kek oren. Tapi malasnya nak buka pc atau lappy (sebab saya tak salin resepi). Saya hantar sms pada Mas. Aik! Tak jawab pulak. Mas, kau campaklah telefon kau tu kat Pantai Dalam (ada pantai ke?) kalau tak reti pakai, Mas oii... hehe. Bulatnya hati nak membuat saya pakai belasah dan memang jadi... dan seperti kata Mas, pastinya ada siaran ulangan. Jam 5 pagi buat fotoshoot.. tak perasan lak terberlubang sikit struktur kek tu, yang pasti mabeles tau. Apapun walaupun namanya kek oren, cik stroberi tetap nak enterframe. Cik Oren??? Cik oren dah masuk dalam keklahhh, yang tinggal lupa nak berposing, maklumlah subuh... mamai-mamai lagi.. hahaha. Jom semak resepi yang saya pakai ingat-ingat semalam...

Bahan-bahan:
Sumber: Kak Roz
  • 1 biji oren (saya parut kulitnya dan diketepikan)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula (resepi asal 2 cawan tapi nipun dah okey manisnya)
  • 1 cawan minyak (saya campur minyak masak Seri Murni dan minyak jagung)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 st baking powder* (resepi asal 1 sudu besar)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 180'C. Alaskan loyang bersaiz 8" dengan baking paper.
  2. Ayakkan bersama bahan-bahan bertanda.
  3. Buah oren dibelah dan dibuang bahagian putih (bawah kulit oren). Buang biji jika ada.
  4. Dalam jug pengisar, masukkan buah oren yang dibelah, telur, gula dan minyak. Kisarkan sehingga gebu. (3 hingga 4 kali 'on' pun dah okey)
  5. Kalau jug pengisar anda besar, tak perlu keluarkan bahan kisar ke mangkuk lain, terus masukkan parutan kulit oren, gaul sekejap dengan spatula kemudian masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar 50 minit atau sehingga masak (saya bakar 1 jam).
Sangat senang disediakan dan senang mengemas dan mencuci... hihihi.
Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah Sari tinggi banget naiknya...mcm ni akak kena panjat tangga nk capai kek ni...hehe...thumbs up ya?

    ReplyDelete
  2. Assalam kak,mmg nmpak lembut gebu jer..Teringin nak try,tapi oren xda,yg da lemon tergolek sebiji..Dari kak sue n kak mas wat ritu mmg dah nmpk sempoi kek nih..Pstt kak,meh kita tuka kek nak x.?

    ReplyDelete
  3. nasib baik sari tak ckp pahit mcm kak.. itulah pegajaran kak .. malasan.. tapi hait leh makan ..sikit jer rasa tuu.. tapi sedap kan sari kek tu..senang sungguh main bklend jer.. kalu ada tamu dtg inilah kek yg cepat...

    ReplyDelete
  4. Selamat petang kak..betul tu dh ramai otai2 masakan dah buat kek ni walaupun saya x berkenalan lagi ngn mereka2 yg tertera namanya..
    Saya pun berangan nak buat tp kena tunggu bila ramai pemakan kek dtg rumah sebb 3 dara ni ada masa dia org x nak makan,nangislah mamanya makan sorang2 huhuhuuhu..

    ReplyDelete
  5. salammmmmm......

    kek ni memang dah masuk dlm list... tp kena tunggu dulu sbb malas nak stok buah2an skrg ni sebab weekend ni nak blik kg lagi kazen hubby bertunang... mmg teringin jugak nak rasa kek yg semua kata sedap.. tambah2 nak buatnya pun senang.. itu lagilah suka.. hehe...

    ReplyDelete
  6. akan segera membuatnya..... nak buh strawberi jugak

    ReplyDelete
  7. petang2 ni pekene kek dgn air teh'o' mmg sesuai sgt ni...

    mengamcam tu..gebu lagi..

    ReplyDelete
  8. hai.. x kan 1 slice je interprem.. mmg gedebus gedebas nmpk kek tu.. leh cuba nnti sbb senang bangat.. ekeke..

    ReplyDelete
  9. nak buat jugak lah....kene tunggu pasar malam ari jumaat ni nak cari buah oren.....:D

    p.s:mana lah kak yus ni kata nak anta 2-3 piring kek nih....rentung dah menunggu kat depan pintu pagar...:D

    ReplyDelete
  10. kak yus..nak sepotong...
    ada lagi ke tu..he..he...
    gebunya kek oren tu...
    sedappkan...

    ReplyDelete
  11. iskk.. menggoda mata noih..
    ada lebih? nak rasa sikit.. :))

    ReplyDelete
  12. wahh akak pun dah buat yer...nampak pun sedap tu...semua ckp senang tapi saya lum sampai seru juga nk buat nanti nk cuba jugalah..hehe

    ReplyDelete
  13. Ermmm...dh cuba kek nie tp saya guna lemon nice lembut jer suka sngt buat utk jamuan hr raye kt sek ank hrtu...tq sharing resepi nie mudh sngt.....

    ReplyDelete
  14. wahhh,mlm2 tgk gambar ni rasa mcm nk g bakar kek plk..jom lawat blog sy ttg kesihat di
    www.esihat.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!