MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, October 23, 2011

KEK LAPIS KISMIS ANGGUN

ASSALAMUALAIKUM wbt

PERCUBAAN pertama melapis kek dengan Encik Zanussi. Nekad akibat tergoda dengan kek lapis Kak Jun Roslan dan tanda sayang pada Kak Jun, hihi. Macammana Kak Jun, berapa markah nak bagi ni, huhu.. ??

Bertahun lamanya tak melapis kek, alah.. dulu-dulu masa zaman mengurat calon mak mertua (kih kih) adalah juga saya melapis, masa tu yang paling fofular sekali adalah kek lapis asam manis, itupun guna kukus. Nak melapis dalam oven ni memang saya tak berani sebab tak berapa faham istilah api atas dan api bawah tu, huhu. Malahan, setelah memiliki Encik Zanusi ni pun, saya tak pernah lagi mempraktikkan api atas sahaja atau api bawah sahaja. Yang saya tahu dua-dua rod mesti mahu menyala. Satu lagi fungsi kipas oven dan roll untuk golekkan ayam tu, itupun sekali jer saya praktikkan pasal ayam tu tak mahu golek-golek ikut arahan, ER kata ayam besar sangat, tak mahu pusing, hihi. Tengok sini....

Memandangkan saya telah terbeli tepung Hong Kong (kerana masa tu nak beli tepung kentang, entah siapa yang letak bungkusan tepung Hong Kong kat rak tu dan saya pun pakai rembat jer kerana nak cepat), maka saya cuma ada dua pilihan sebelum tepung Hong Kong tu luput tarikh. Cadangan kawan-kawan di KR :






  1. Buat kek lapis



  2. Buat pau



Huhuhuhu... dua-dua akak tak minat... M besarrrrrrrrrrr sangat..




Tapikan, bila Kak Jun postkan entri Kek Lapis Prune Anggun dan komen Kak Jun resepi keknya mudah, maka saya pun belek jugalah resepi. Ialah, taklah guna berpuluh-puluh biji telur dan tak payahlah nak asing kuningnya tu (saya ni lembab bab asingkan kuning telur) dan terlintaslah di batu jemala saya ni tepung Hong Kong tu. Bahan-bahan lain pun semuanya ada, tinggal nak beli buah prune jer. Bab api atas api bawah tu, bantai jer tengok simbol-simbol kat body Encik Zanusi tu takpun buka balik buku manual.. hihi. Maka setelah siap bagi makan kenyang semua rakyat jelata dalam rumah ni, (siang tadi saya masak nasi ayam hainan tau... tengok sini), bermulalah projek mengekek. Dengan anggunnya saya pun membongkar almari dan aisehhh! Cemana tak perasan stok susu pekat tak ada dan prune pun rupanya tak beli, tapi tak pe, saya ada banyakkkkkkkk kismis, kui kui!




Betul kata Kak Jun, sambil melapis sambil layan fb dan blog, memang tak terasa. Perasaan kitapun membayangkan yang indah-indah dan baik-baik saja. Walaupun pada mulanya lapisan kedua tu hampir jer nak hangus (dah bau) sebab saya terleka dan tersalah setting oven (kan tadi dah bagitahu tak faham penggunaan api atas dan api bawah) akhirnya segala-galanya menjadi begitu sempurna. Hampir-hampir tak percaya bila menjamah kek lapis buatan sendiri. Sedar tak sedar dah berapa keping kononnya testing rupanya terlebih sudah, hahaha.




Bertuahnya bersahabat dengan Kak Jun yang manis, walaupun berniaga tak lokek berkongsi resepi. Kak Jun, saya minta izin kongsikan resepinya di sini ya. Terima kasih juga untuk yang punya resepi asal Hazrina79 yang mendapat resepi ini dari kawannya orang Sarawak yang memang terkenal dengan kemahiran membuat kek lapis.







Kek Lapis Kismis Anggun




Adaptasi dari:




Kek Lapis Prune Anggun




Resepi: Hazrina79 @ Kek Lapis Prune Sunsweet




Sumber: Cupcakekasih Kak Jun Roslan




Bahan-bahan:







  • 375gm mentega (saya guna planta jer)



  • 250gm gula castor (Kak Jun tambah bahan ni, resepi asal takde, saya letak 200gm)



  • 10 biji telur A



  • 200gm tepung Hong Kong*



  • 1sk baking powder* (ayak bersama bahan bertanda *)



  • 1sb ovalette



  • 4sb susu pekat manis (saya ganti dengan 2 sb susu full cream + 2sb golden syrup)



  • 4sb serikaya



  • 50gm badam halus/ serbuk badam



  • 1/4 cwn jem strawberry (Kak Jun tambah - saya tukar dengan 1sk strawberry paste + 1/2sk pewarna merah jambu)



  • 1 sk esen vanila



  • 1 mangkuk prune (saya ganti dengan kismis)



Cara-cara:







  1. Panaskan oven.



  2. Pukul mentega dan gula castor sehingga kembang pada kelajuan biasa.



  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga sebati.



  4. Masukkan ovalette dan susu pekat manis dan pukul lagi.



  5. Masukkan serikaya dan serbuk badam, pukul sebati.



  6. Masukkan tepung Hong Kong yang telah diayak bersama baking powder. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga sebati.



  7. Masukkan esen vanila.



  8. Loyang 7" X 7" disapu kelilingnya dengan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas baking.



  9. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, 1/2 bahagian diletak strawberry paste dan pewarna pink sebahagian lagi dibiar natural (vanilla)



  10. Lapisan pertama, masukkan adunan vanilla (saya guna 1 senduk sup - Kak Jun guna 4 senduk gulai) ratakan. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius menggunakan api atas dan bawah selama 4 minit (ikut jenis oven).



  11. Lapisan kedua - strawberry, ambil satu senduk (sukatan sama dengan yang pertama tadi) ratakan. (Kalau anda pusing-pusingkan loyang, ia akan mengalir rata sendiri). Tabur dengan kismis atau prune) Bakar guna api atas sahaja selama 4 minit (saya bakar 5 minit)



  12. Lapisan ketiga dan seterusnya, guna api atas sahaja, bakar 4 - 5 minit. Buat sehingga habis, taburkan prune atau kismis setiap dua lapisan.



Lucunya saya yang pelupa, terpaksalah catat kat kertas setiap lima minit, hehe.




Ops! Lapisan yang terakhir saya bakar guna api atas lima minit dan selepas itu saya turunkan suhu 170 darjah dan bakar guna api atas bawah 15 minit.




Selamat Mencuba..




Nota : Resepi kek lapis ini untuk yang amamtur macam saya sahaja.. huhu.










16 comments:

  1. Tantekkk.. Jelita.. pandai menantu mak eh! eh! hik3 :)

    ReplyDelete
  2. as-salam
    cantik warnanye..npk sedap kek lapis kismis ni..npk basah2..

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Yus..
    Naz kan yus, kalau kek2 lapis ni..suka je nak makan tp tang membuat tu yg malas..hehehe.. Mintak sikit kek lapis tu Yus..Mesti anggun kalau Naz makan kan..huaaahahaha..

    ReplyDelete
  4. waahhhh...saya amatur jugak nih...blh la blaja dgn kak yus pula....lia mmg takut nak buat kek lapis kak sbb dulu masa baru2 beli oven penah buat kek lapis msam manis tp x menjadi...tu yg smpi arini takut nak mencuba...maklumlah iven pun brand LUMIX jer....takut x sesuai plak nak buat kek lps....

    ReplyDelete
  5. Oh Oeya, yg pembikin kek lapisnya jelita tak?? hihi

    ReplyDelete
  6. Ady, ye Ady, keknya mmg terasa lembab, sedap..

    ReplyDelete
  7. Naz, mehlah datang sini, ada separuh lagi ni ha, separuh Yus dah bedal, kih kih.

    ReplyDelete
  8. Mamamya, asalkan ada setting utk api atas atau bawah, mesti jadi punya, cubalah..

    ReplyDelete
  9. wallaa.... tgh2 ada MMM besar tuu blh siap kek lapis.. tun kalau nk wat kek lapis mmg kene overdose vitamin R dulu blh jalan ni.. hehe.. sedap nmpk nyer kek tu kak sari..

    ReplyDelete
  10. ayat last tu tk menahan..hahhaha....

    ReplyDelete
  11. mak sukaaaaaa...lebih2 kalau sari jadi jiran kak zu hehehehehehhe
    hishhhhhhhhhh malunya kak zu yg tak pandai masak nih

    ReplyDelete
  12. Bestkan bila dah jadi. Memang resepi ni sangat dirahmati. Sedap pun sedap, senang pun senang. Kalau jupa Hazrina, nak tabik spring 3 x kat dia kan. Apapun, selepas baca entry Yusa ni...terus teruja nak melapis lagi. hati dah berbunga-bunga ni....jom!

    ReplyDelete
  13. Tun Telani, memang sedap, berbaloi2, tak terasa menunggu melapis..

    ReplyDelete
  14. Penoreh Getah, hehehehe.. betul apa.. huhu

    ReplyDelete
  15. Kak Zuwaidah, betul ke tak pandai masak? Alah, nak merendah diri pula kakakku ini.. huhu

    ReplyDelete
  16. Kak Jun Cupcakekasih, ialah, hati saya pun bunga dah merimbun-rimbun ni, nak melapis lagi, strawberry + koko lak.. hihi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?