Assalamualaikum WBT
PETANG semalam, Sk terima satu lagi berita kematian iaitu suami kepada seorang rakan fb dan merupakan adik lelaki kepada seorang senior Sk masa sekolah menengah dulu. Senior Sk ni dulu satu politeknik dengan Angah.
Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.
Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Mohd Noor Hisham Bin Jemangin@Jemain, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu, Johor Bahru telah meninggal dunia pada 22012026.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.
Kisah JJCM ke utara dua minggu lepas, dari Tapah, kami masuk ke lebuhraya melalui Plaza Tol Gopeng dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. PI ajak makan di kedai mamu, Gerai Dapur Masak Kampung Setinggan. Nanti Sk tunjuk gambar mamu, Sk rasa ada ramai follower mamu kat sini.
Ada pilihan Nasi Minyak dan Nasi Tomato. Kami dua-dua pilih Nasi Tomato. Nasi Tomato ni antara signature dish di sebelah utara, kan. Dulu-dulu, sebelum kenal PI, Sk selalu jugak makan Nasi Tomato di Medan Selera Kebayan, Plaza Kotaraya. Dekat situ la Sk kenal Nasi Tomato ni, ibu tak pernah masak dan tak pernah jumpa pun di kenduri-kendara kat Johor ni. Bila dah jadi menantu orang Kedah, Nasi Tomato ni memang menu wajib setiap kali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji di rumah mentua.
Pinggan PI, Kurma Daging, Ayam Masak Merah, Dalca dan Acar Jelatah.
Sk mintak lauk sama dengan PI, tapi tambah telur rebus. Dia punya sedap, kalah makan kenduri. Ayam Masak Merah tu, mamu terus masukkan ayam ya, tak goreng dulu. Daging dia pun empuk.
Nasi sedap, lauk-lauk semua sedap. Sk lupa nak fokus pada acar jelatah dia yang ada taburan kacang kisar, jadi dia ada rasa macam rojak sikit.
Aaaa... inilah mamu, tukang masak yang terkenal di Penang. Mamu sering berkongsi video resipi dan tips memasak di laman sosial. Boleh follow fb Dapur Masak Kampung Setinggan. Kami suka tengok mamu masak, periuk besar-besar.
Suasana di medan selera. Mamu sebelum ni mengusahakan perniagaan katering dan baru sahaja memulakan perniagaan di sini tahun lepas. Bersih betul tempat ni, kebersihan tandas dan sinki pun tip top.
Medan selera ni terletak di Kompleks Lebuh Nipah. Ada dalam waze ya, senang!
Arwah mama dulu pun suka masak nasi tomato. Lama tak makan nasi ni.
ReplyDeleteSA suka nasi tomato, tapi selalu makan kat kenduri2 kahwin la..SA nak buat sendiri x reti..
ReplyDelete