MENGINAP 3H2M DI MERCURE HOTEL PENANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 



PEMBUKA tirai JJCM ke utara tahun 2026 tentulah jatuh ke negeri Pulau Pinang. Kali ni kami memilih untuk menginap di Mercure Hotel yang terletak di Tanjung Bungah. Banyak faktor yang membuatkan kenapa kami berkali-kali menginap di sini setiap kali ke Penang. Yang terutama sekali, lokasinya yang strategik, tidak jauh dari pusat bandar dan dekat jugak jika hendak ke Batu Feringgi. Yang kedua, hotel ini terletak di tepi pantai walaupun kami tak jejak ke pantai pun, hihi.



Sebelum Mercure Hotel, ia dikenali sebagai Four Points by Sheraton. Kad akses dia baru laaa.. buat dari kayu.






Request bilik seaview. Dulu dulu dulu, boleh mintak upgrade bilik seaview. Lepas tu kalau nak bilik seaview kena tambah RM50. Laaaa... nak bilik seaview kena tambah RM166. 



Selalu dapat bilik aras 1 atau 2, kali ni dapat aras 4.


Bilik luas dengan katil bersaiz raja. PI kata, okeylah tilam dia dari The Katerina Hotel, hihi.


Teh dan kopi. Tiada air minuman atau air mineral dalam botol disediakan.


Air minuman boleh ambil terus di paip air 3M ni. Selamat diminum terus ya. 


Kelengkapan mandian dan kebersihan diri semuanya ada.


Mereka sediakan sabun dan shampoo dalam botol besar terus.


Tuala mandi tebal dan serap air dengan baik. Tuala rambut juga disediakan.



Seterika dan papan penggosok pun ada.



Laut dan langit bersatu. Nampak di kejauhan perahu nelayan. Dekat pantai Tanjung Bungah ni tak banyak aktiviti air, sesekali nampak la jet ski. Oh, masa ni lagi sehari sebelum naik sekolah ya. Boleh dikatakan tak ramai tetamu, jalan pun tak jammed.



Hari pertama sarapan, ni pinggan pertama PI.



Disebabkan tak ramai tetamu, tenang-tenang aje ambil buffet yang disediakan. 


Nak omelete pun tak perlu beratur.


Sk cakap dengan PI, kali ni tak nak makan di luar, panas ya cuaca kat Penang masa kami datang ni. Hurmmm... tapi, memang selalu pun panas, hihi. Nampak tak, banyak meja kosong. Jarang-jarang berlaku ni setiap kali kami menginap di mana-mana pun.



Kita tengok laut dari dalam aje lah. Leceh nak keluar masuk pintu tu dengan menatang pinggan. Ada sekali tu, anak mat saleh mana tah, nak masuk, boleh dilepaskan pintu padahal depan dia sedang ada seorang wanita mat saleh jugak nak keluar sambil menatang pinggan. Tak berhemah langsung, huhu.


PI ambil nasi lemak. PI kata, sedap jugak. Abaikanlah yang bersepah-sepah tu ya. PI, kan.. memang tak ada seni plating. Asbol jer.


Kita jamah jer la.. sebab dah kenyang makan American Breakfast, hehe.

Nasi Goreng Kampung, Mihun Goreng dan Nasi Lemak. Nasi goreng kampung dia betul tak tinggal kampung ya.


Punyalah sedap mihun tu, Sk ambil lagi walaupun dah kenyang masa tu, haha. Cuma Sk perasan, dah tak ada pasta masa sarapan macam sebelum ni.


Pilihan minuman banyak, ada fruit punch, orange juice, susu, susu coklat, nescafe o, teh tarik dan teh uncang lain (DIY). Mesin kopi dia pun banyak pilihan, ada espresso, long black, cappucino, macchiato latte, dahlah tak ramai guest. Kita boleh conquer la mesin kopi tu, haha.


Hari kedua - Kuey Teow Udang, ni Sk buatkan untuk PI. Lepas tu, Sk pergi lagi sekali kaunter mi tu nak buat untuk diri sendiri la pulak.


Ada dua guest wanita (kawan kot) tengah nak DIY mi sup jugak. Sk pun tunggulah dia ceduk condiments semua, kemudian Sk ceduk la untuk Sk pulak. Mereka berdua tadi dah tak ada, Sk pelik jugak sebab tak nampak mereka ambil kuah mi pun. Lepas tu, tengok dalam tapis celur mi, ada mi mereka ya, Sk fikir agaknya dia tinggal sekejap, nak ambil makanan lain. Jadi, SK pun ambillah buah-buahan dulu yang bersebelahan kaunter mi.



Sampai ke sudah ya mereka tak datang ambil mi yang mereka dah celur tu. Terbiar jer dalam tapis tu, tak fikir ke orang lain nak guna jugak? Sk tengok mereka tengah syok makan dan bersembang di meja luar. Ikutkan hati nak aje pergi dan cakap dengan mereka, tapi Sk sabar jer, Sk beritahu adik chef tu, minta tolong keluarkan mi tu. Yang dua orang tu memang sampai Sk habis makan dia dah tak peduli mi dia tu. Macam sengaja tinggalkan ke, takkan lupa pulak.



Tak tahulah kenapa hari kedua tu macam tak berapa nak ada selera. Lepas makan mi, Sk boleh jadi budak-budak makan cereal, hihi. PI makan nasi goreng cina dan roti canai (frozen). Lepas makan kami terus check out dan keluar pulau ikut jambatan kedua. Alhamdulillah, perjalanan lancar dari Penang, PI ajak singgah transit, Sk tak nak. Lama sangat dah tinggalkan rumah, sebab kami gerak ke utara sebaik sahaja balik dari Majlis Perkahwinan anak Huda. Rindu la tinggalkan anak bulus lama sangat, dok teringat lagi-lagi hat bongsu tu, ahhahaha. Tapi tu la.. sampai exit Nilai/ Seremban tu, sangkut pulak sebab ada lori besar rempuh lori kecik PLUS tu. Sabar aje laaaa.

Nanti Sk cerita tempat-tempat kami singgah makan pulak naaa.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!