TENGAH-TENGAHARI nampaknya ramai yang mengantuk dan tersengguk-sengguk, tambahan pula perut yang tadinya keroncong kini sudah tukar lagu, kata orang, 'Gendang-gendut tali kecapi.. (sila sambung sendiri.. hihi).
Haaa, ini juadah yang telahpun dihadam pada Sabtu lepas. Hati teringin nak mencuba resepi Nasi Oren dari rumah Zuliana Siti Hawa Bidadari Syurga (Zuliana makan bersama Ayam Rosemary). Yaya minat sungguh dengan nasi oren ni, terus dia tukar biodata makanan kegemarannya nasi oren. Siap bawa bekal masa pergi tuisyen malam tu, hihi. Alah, Yaya.. apapun yang bonda masak, semua feberet Yaya kan, lagilah kalau dimakan bersama lauk kari dan kari daging ni pun permintaan dari Yaya juga. Dah namanya anak mamak kan (realitinya ER bukan mamak seperti sangkaan ramai). Yaya kalau makan kari, sampai menghirup kuah, heiiiiiii, anak sapelah tu ya, huhu.
Kepada Yana, akak nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Nasi Oren ni, memang bestlah Yana. Bau oren tu menambah selera makan, siap bertambah-tambah lagi tau. Sayangnya stok kismis dah habis tabur kat kek lapis anggun hari tu, jadi agak kuranglah serinya.
Kepada Zack juga yang menjadi sumber Yana, terima kasih, izinkan akak kongsi kat sini pula ya.
Nasi Oren
Resepi : Zack
Sumber : Siti Hawa Bidadari Syurga
Bahan-bahan :-
- 4 cup beras/beras basmathi (kalau guna beras biasa cuci bersih dan rendam beras selama 1/2 jam)
- 5 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 4 helai daun pandan
- 2 biji buah oren sunkist (diparut kulit dan diperah jusnya)
- Kismis (1 kotak kecil)
- 50g butter
- 2 inci halia
- 1 kiub ayam
- Sedikit pewarna kuning ~ optional
- Garam secukup rasa
Cara-cara :-
- Panaskan butter dan tumis bawang merah dan putih yg telah dikisar
- Masukkan daun pandan
- Masukkan kiub ayam
- Bila dah hampir garing dan berbau wangi masukkan sedikit air
- Masukkan kulit oren yg siap diparut dan perahan jus oren
- Masukkan garam secukup rasa
- Masukkan sedikit pewarna kuning
- Masukkan kismis
- Masukkan tumisan tadi dalam beras yang siap dicuci
- Masak nasi seperti biasa





Memandangkan saya telah terbeli tepung Hong Kong (kerana masa tu nak beli tepung kentang, entah siapa yang letak bungkusan tepung Hong Kong kat rak tu dan saya pun pakai rembat jer kerana nak cepat), maka saya cuma ada dua pilihan sebelum tepung Hong Kong tu luput tarikh. Cadangan kawan-kawan di KR :

. Ni semasa menaip ni pun belum bertajuk lagi tau, tengoklah nanti apa yang terlintas dalam batu jemala hamba ni ya, hihi.
dah boleh pun masuk gambar... :D 



