CUTI MINGGUAN JOHOR MULAI 2014 ADALAH JUMAAT DAN SABTU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CUTI MINGGUAN JOHOR MULAI 2014 ADALAH JUMAAT DAN SABTU

ASSALAMUALAIKUM...


AKHIRNYA segala persoalan telah terjawab. Mulai 1 Januari 2014, cuti mingguan bagi seluruh negeri Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, sebagaimana yang diumumkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini. (Boleh baca di fb Kesultanan Johor). Maknanya warga Johor akan mula bercuti mingguan pada Jumaat 3 Januari 2014. Yang paling gembira nampaknya adalah anaknda SK, Iman kerana katanya tidak perlu lagi duduk berejam-rejam menunggu masuk waktu sekolah agama pada hari Jumaat seperti sebelum ini. Bayangkan, Iman balik sekolah kebangsaan jam 11.50 pagi dan perlu menunggu sesi sekolah agama jam 3.45 petang, memang lemau sebab Iman akan transit terus dari sekolah kebangsaan ke sekolah agama... Alhamdulillah, ada hikmahnya.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!


Sumber Sahih DI SINI!!

7 comments:

  1. agaknya bila lah nak dapat cuti,
    hari jumaat&sabtu di selangorkan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga semua negeri pun akan sama :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...saya memang menyokong cuti jumaat sabtu ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.... Tumpang seronok la sy....n9 ni ntah bila la gaknya kak....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....Uj pun sokong klu cuti mingguan jatuh pd ari jumaat dan sabtu...diharap dinegeri selangor pulak menyusul....

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.

    Tuanku yang peka.

    ReplyDelete
  7. Daulat Tuanku
    Alhamdulillah



    saya sayang Sultan saya..!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih