MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, January 5, 2016

SPAGHETTI BOLOGNESE DAN AYAM PANGGANG

Assalamualaikum...
 
SEJAK beberapa minggu lepas.. errr.. rasanya sejak sebelum cuti sekolah bermula kot..
Iman menyuarakan keinginannya hendak makan Spaghetti Bolognese.
Walaupun ada beberapa kali Sk memasak spaghetti (sebenarnya bukan spaghetti tapi lenguine)
 tapi sebab Sk menggunakan sos carbonara,
walaupun Iman makan juga tapi dia kata tak puas hati
selagi tak dapat spaghetti bolognese.
Urmm.. dah makan di kedai dan beli online pun dia tetap nak dari air tangan bonda.
Katanya, bonda punya sos bolognese yang paling sedap..
mengampu ke betul-betul tatawlah.. hahahah.
 
Padahal bukannya guna resepi istimewa.
Homemade lagilah bukan.. kui kui.
Sk cuma gunakan sos tradisional jenama Prego untuk membuat sos pasta ini.
Kali ni selongkar almari tak jumpa spaghetti.. tapi lenguine... jadi belasah ajelah.
Letak tajuk Spaghetti tak dosa kot.. huhu.
 
Sebelum ini, Sk ada cuba menggunakan sos ready made satu jenama lain.
Hemmm... tak sedaplah.
Sosnya berair dan agak berminyak..
atau Sk yang tercurah lebih minyak masa menumis tatawlah.
Tapi memang sosnya agak cair.. lain kali nak setia dengan Prego sahajalah.
 
Bagi Sk, masakan pasta kalau nak sempurna, pastanya mestilah direbus mengikut masa yang ditetapkan pada label bungkusan.
Biasanya setiap jenis pasta, tak sama masanya.
Kalau spaghetti biasanya mengambil masa 13 minit,
lenguine ni pulak cuma 11 minit.
Kalau angel hair dalam 7 atau 8 minit jer.
Lain jenama kadang lain jugak masanya.. jadi sila ikut masa merebus yang dinyatakan pada label bungkusan ya. Bagi Sk pulak, memasak memang guna 'timer' sebab Sk ni pelupa.. hihi.
 
 
Spaghetti Bolognese
 
Bahan Pasta dan caranya :
 
Panaskan air dalam periuk yang sederhana besar dan tinggi.
Bila air mendidih, masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.
Rebus spaghetti mengikut masa yang dicatatkan pada label bungkusan spaghetti.
(Sk guna lenguine)
Bila cukup masa, toskan pasta
Percikkan dengan sedikit minyak zaitun dan gaul rata
kemudian taburkan daun parsley cincang
 
Bahan Sos dan caranya ;
 
Panaskan 1 sudu minyak zaitun dan sedikit minyak masak dalam kuali.
Tumis 5 - 7 ulas bawang putih dicincang hingga naik bau.
Masukkan 400 gm daging cincang
Masak sehingga daging separuh kering.
Masukkan 1 labu bawang besar dipotong dadu.
Goreng sehingga bawang besar layu.
Masukkan 1 Botol Sos Tradisional Prego
kemudian masukkan sedikit sahaja air dalam botol prego tu.. goncang rata
tuang dalam kuali.. kacau.
masukkan juga 1 Tin kecil tomato puri
Kacau rata hingga mendidih
tambah garam jika perlu.
Taburkan sedikit serbuk lada hitam.
Biar mendidih lagi dan matikan api.
 
Lepas tu, rasa macam tak puas pulak makan pasta dengan sos gitu-gitu ajekan.
Sk buat ayam panggang jugak.
Perap ayam guna apa sahaja bahan perapan yang ada kat dapur tu.. termasuklah rosemarry, oregano, paprika, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan madu..
haaa.. semua taram.
 
Ayam tu Sk gunakan stok bahan mentah dalam peti sejuk.
Kalau ikutkan hati.. nak aje golek ayam sekor-sekor dalam oven.
Tapi malas nak pergi kedai.
Sayang duit pun ya jugak.. kedekut betul.. hahah.
 
Sk panggang guna 'magic pan' bersama beberapa ulas bawang putih
selama 10 minit di setiap bahagian.
Lepas terbalikkan ayam, Sk percik-percikkan kicap manis sebelum dibakar semula.
Ini biras Sk, Abang Samad yang ajar.. sebenarnya dia ajar lumur dengan kicap dan madu tapi Sk malas, dasar betullah.. haha. Tapi nipun sedap tau, 'sticky2' gitu rasanya.
 
Sekiannnnn.. itu sahajalah kisah Spaghetti Bolognese dan Ayam Panggang.
Daaaaa....

3 comments:

  1. Aiyooo...ini betul2 sedap ni kak. Nyummm

    ReplyDelete
  2. Guna fetuccini utk bolognese best juga ye SK:)
    Anak-anak kakak suka pasta-pasta ni SK.

    ReplyDelete
  3. bak sepinggan besaq Seri nsk test hehe

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...