AYAM MASAK KICAP & AYAM MASAK KARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


DAH hampir tamat minggu pertama sesi persekolahan tahun 2026. Bulan ni hari persekolahan cuma 15 hari aje kan. Ni nanti bulan Februari pun sekolah cuma 14 hari tak silap. Bulan 2 nanti ada tiga cuti umum iaitu Hari Thaipusam, Tahun Baru Cina dan bagi negeri Johor ada cuti Awal Ramadan. Nampaknya PI tak ada bunyi-bunyi lagi cuti TBC tu nak pergi mana, agaknya sebab dah nak puasa. Tapi, dia tu bukan boleh eh, nanti tiba-tiba aje ajak berjalan. Tapi, tak jugak kot sebab Iman dah mula intern. Alhamdulillah, Iman dapat tempat dekat JB jugak, syukur syukur syukurrrr.



Lauk terakhir yang dimasak pada tahun 2025, inilah dia Ayam Masak Kicap. Bila PI request lauk ni, memang Sk terus setuju. Apa taknya, senang banget laaa masak ni. Tapi ni memang ayam semata la, kentang, tomato, semua tak ada stock. Ada cili padi je, untuk dicampak-campak dalam kuali.



Ayam tu perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga hampir masak. Bila dah hampir masak tu, Sk tolak ke tepi dan keluarkan minyak, tinggalkan sikit jer. Kemudian terus masukkan bawang besar dipotong bulat dan cili dibelah dua, kicap serta lada hitam ditumbuk kasar. Tapi tipu, Sk tak tumbuk pun lada hitam tu, Sk guna lada hitam dalam botol, hahahaha. Kicap tu guna kicap mudim, client PI bagi. Pekat eh kicap mudim tu. Bila dah siap masak, macam ada mix tepung jagung.



Asingkan dua tiga ketul dalam tipuware untuk bawa bekal esoknya. Tapi tak jadi bawa bekal sebab nasi habis. Bocor periuk nasi ek bila masak macam ni, huhu.



Kari Ayam ni pulak, masak semalam, lauk pertama yang Sk masak pada tahun 2026 ni. Ya Allah, dah 14 hari tahun 2026 baru ko masak Sk???  


Semalam kan Sk dan PI ambil cuti, pagi tu Sk buat sarapan telur separuh masak jer untuk PI dan goreng cempedak beli dekat kedai Aceh yang Sk cerita sebelum ni. Sambil tu tanya la dengan PI nak masak apa tengahari. PI tak ada jawapan, Sk malas nak tanya-tanya, terus rendam ayam. Sk masak kari jer la senang, hihihi.



Ayam goreng wajiblah kan kalau dah masak kari tu. Banyak jugak tu hati, pedal dan jantung hasil kumpul-kumpul dari beli-beli ayam sebelum ni. Adoi, nikmat betul eh makan masak sendiri, sebab dah lama tak masak. Malam banyak makan kat kedai, weekend pulak ada jemputan. Bukan tak nak masak, tapi ada halangan.. ececeh.. alasannnn.

Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!