MENGINAP 1 MALAM DI THE KATERINA HOTEL & MAKAN² DI BATU PAHAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


BUKANLAH jauh sangat pun dari Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Walimatul Urus Amir dan Aida di Parit Raja (Batu Pahat), tapi PI bersungguh nak bermalam di Batu Pahat. Rancangan Sk, kami akan bertolak pagi dari rumah bagi mengelakkan kesesakan di lebuhraya tapi PI kata, pagi-pagi nanti perut dia belum puas membuang, hahaha. Jadi, lebih baik tidur saja di BP dan lepas check out pukul 12 tu, terus ke rumah pengantin di Parit Raja. Tempoh perjalanan dari hotel mengambil masa 35 minit berbanding dari rumah, lebih satu jam.



Chopppp! Sebelum tu kami singgah dulu di Warung Bihun Sup Daging Selambak. Dulu perniagaan mereka di Ayer Hitam tapi sekarang dah berpindah ke pekan Parit Raja. Sk ada cerita DI SINI.



Pesan semangkuk Bihun Sup Daging Selambak, lepas tu minta satu mangkuk kosong. Kita kongsilah ya.



Bihun sup utara warna kuning.



Boleh pilih nak makan dengan sambal kicap atau sambal merah. Tapi sambal merah dia macam sambal tumis. Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke BP.



Buat kesekian kalinya kami pilih untuk  menginap di The Katerina Hotel. Masa check in kami beritahu, bilik yang kami dapat sebelum ni tilamnya melendut, minta kali ni bagi bilik yang tilamnya elok sikit. Ada beberapa hotel lain jugak di BP ni tapi lebih selesa dekat sini kot walaupun ia dikatakan ber*****.. huhuhu.



Dapat bilik aras 7 nombor 716. Kali ni tilamnya okey la tak melendut walaupun taklah tebal macam hotel 5 bintang. Dapatlah baring dan tidur selesa.


Pemandangan bandar Batu Pahat dari bilik.


Terkejut baca terma dan syarat penggunaan selipar hotel ni, hahaha. Dahlah seliparnya sebelah besar. Oh, bilik yang kami inap kali ni tiada seterika disediakan. Tapi tak apa, Sk bawa seterika sendiri.



Malam tu kami keluar makan, PI nak makan sate usus Rosle yang terletak di perkarangan Restoran Jeng Kuan. Ingatkan nak la makan Mi Hailam jugak tapi dorang dah tutup pesanan. Air pun dah tak boleh order, nasib la sebelum tu kami beli air di 99 Speedmart.



Sate usus 30, sate daging tu memang tinggal 5 jer. Nasi impit pun dah habis.
Kami makan sate cepat-cepat, dah sejuk nanti tak sedap eh sate usus ni. 



Lepas makan sate, kami ke medan selera di sebelahnya pulak. Sk rasa nak makan Mi Bandung.


Mi Bandung pesan sepinggan aje, kongsi makan berdua.



Kenyang sudah.. balik la ke hotel. 


Kita snap pic batu peringatan dia.


Dah malam sikit, bancuh teh 3 in 1, nak buat cicah biskut Hup Seng,  goodies dari Majlis Walimatul Urus Nadhilah dan Raziq.


Macam biasa, Sk pilih American Breakfast dan omelette untuk sarapan.


PI makan nasi lemak dan telur separuh masak.


PI ambil roti canai. PI tak ambil kuah yang disediakan untuk roti canai tapi dia ambil di buffet line sebelah nasi lemak. Lepas tu, PI kata, ingatkan Kari. Kuah apa ni? Sk pun rasa sikit, oh, asam pedas ayam, sedap betul. Dah jadi macam Melaka la, makan roti canai dengan asam pedas. 


Sk ambil Mi Soto. Nasi impit tak ada. Tak habislah pulak sebab nak bagi laluan pada

v

v

v

v

v

v



Nasi goreng dan asam pedas ayam. Siapa geng suka makan nasi goreng dengan asam pedas, meh la sep sikit!! Hihi.



Dah siap untuk pergi makan kenduri. Sk pakai baju kurung moden pendek, potongan kain kipas depan. Fesyen ni sekarang, ada yang kata baju kurung Kedah. Tak ya, baju kurung Kedah is baju kurung Kedah, jangan samakan, asal baju pendek, baju kurung Kedah. Satu lagi baju kurung Kedah tak ada potongan dan tak ada pesak, dia lurus aje kiri kanan, tak ada dart, lengan pun besar takde kepak kepom, hehehe.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sate usus tu.... tergodalah kita tengok dia. Teringat dulu waktu Fuad konvo di Batu Pahat, terjumpa gerai jual sampai 7 jenis sate. Semua kami rasa. Bestlah Johor... makanan banyhak jenis, sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!