BUFET CITRA ALA BAZAR @ PULAI SPRINGS RESORT

Assalamualaikum...


KIAN menghampiri Ramadhan, 
 kira-kira tiga minggu lagi akan tibalah bulan yang diraikan oleh 
berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia.  
Kali ini,  Sk akan membawakan anda ke Pulai Springs Resort,  Johor 
untuk menikmati kemeriahan berbuka puasa yang menawarkan hidangan bufet Ramadhan bertemakan 'Citra Ala Bazar' yang akan menghidangkan masakan tempatan dan antarabangsa bermula dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018.


Selaras dengan tema 'Bufet Citra ala Bazar'
lebih kurang 15 gerai termasuk hidangan di luar dan dalam restoran memudahkan pengunjung untuk memilih makanan kegemaran mereka. 


Di sini,  setiap hari sepanjang bulan Ramadhan,  
pelbagai hidangan yang menyelerakan termasuklah pembuka selera,  salad,  jeruk,  daging,  makanan laut,  barbeku,  pencuci mulut,  hidangan-hidangan yang pedas dan panas serta minuman sejuk dan panas. 
Konsep hidangan dari negara barat dan Arab juga akan diketengahkan oeh Senior Sous Chef Rusle Ahmad serta pasukan jurumasaknya tahun ini. 


Hidangan dari negeri Kelantan iaitu Kambing Kuzi 
yang dipanggang bersama pilihan herba terbaik dihidangkan bersama..

 Ayam Masak Opor dengan kentang dan terung
Kambing Gulai Kawah
Tulang Rusuk Masak Merah
serta Udang Mentega dengan daun kari. 
Turut disediakan dalam hidangan tersebut,
Kailan Ikan Masin
Telur Kukhs dengan Telur Asin
Lemak Labu Masak Bugis
dan Sayur Goreng Jawa dengan Ikan Bilis


Ada juga menu-menu tempatan yang akan dihidangkan 
semasa 'Bufet Citra ala Bazar' termasuklah Asam Pedas Johor dan Gulai Lemak 
bersama pilihan ikan pari,  siakap,  kembung dan tenggiri. 
'Bufet Citra ala Bazar' tak cukup Joho kalau tak ada Laksa Johor. 
Hidangan Spaghetti yang disirami kuah laksa Johor yang sangat sedap ditambah lagi ulam-ulaman yang berkhasiat. 


Murtabak 
yang sinonim setiap kali ketibaan Ramadhan.  
Tak lengkap juadah berbuka tanpanya. 


Juga sate daging lembu dan ayam 
Dihidangkan bersama nasi impit, hirisan timun dan bawang serta kuah kacang.
Bufet ini turut menghidangkan Mee Goreng ala Mamak 
serta Penang Char Kuey Teow yang digoreng secara langsung di depan tetamu. 

Terdapat juga hidangan lain seperti pizza, roti john,  otak-otak serta pelbagai hidangan barbeku seperti Kambing Golek,  Kambing Bakar, Kepak Ayam,  Sosej,  Ikan Caru,  Ikan Kembong dan Ikan Pari Bakar yang dihidangkan bersama sos pencicah. 

Ada lagi tau,  Goreng Pisang dan Keledek,  Popiah Goreng,  Durian Goreng,  Hati Ayam dan Paru Lembu serta Ginjal Ayam yang dihidangkan bersama sos cilj,  sambal kicap dan sos Thai.


Bagi penggemar ulam-ulaman,  
bufet tersebut turut menyajikan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung yang dihidangkan bersama pelbagai jenis sambal.  


Tidak ketinggalan juga,  
Rojak Mamak,  Rojak Petis,  Tauhu Sumbat, 
 Jeruk-jeruk Malaysia,  Acar Jelatah juga Keropok Udang dan ikan.


Ada juga pelbagai jenis kerabu untuk penggemarnya
 termasuklah Kerabu Pucuk Ubi serta Kerabu Taugeh dan Kerang. 


Paling best terdapat juga gerai yang menghidangkan 
pelbagai jenis abc dan cendol serta minuman popular yang terkenal di Klebang,  Melaka 
iaitu Coconut Shake.
Aneka jenis Malaysian Dessert untuk dinikmati seperti 
Talam Berlauk
Pulut Serunding
Cara Manis
dan Lompang


Aneka jenis kek dan dessert yang menambat mata dan hati. 


Potongan buah-buahan yang turut disajikan dalam 'Bufet Citra ala Bazar'

Marilah Berbuka Puasa di 'Bufet Citra ala Bazar'
Tempat: Gleneagles Terrace Restaurant, Pulai Pavilion
Tarikh: 19 Mei - 13 Jun 2018
Masa: 7 - 9 malam
Harga biasa:
RM108 (Dewasa)
RM54 (Kanak-kanak)
Beli 9 baucar Dewasa, percuma 1 baucar (9 + 1)


Harga pra-pembelian:
Pembelian dari 1 April - 10 Mei 2018
RM90 (Dewasa)
RM45 (Kanak-kanak)

*Penjimatan sehingga RM18 seorang
*Untuk bufet bertarikh 19 Mei - 13 Jun 2018

Istimewa Minggu Pertama Ramadhan:
(Walk-in tanpa baucar)
RM85 (Dewasa)
RM43 (Kanak-kanak)
*Penjimatan sehingga RM23 seorang
*Untuk bufet bertarikh 19 - 25 Mei 2018

Surau disediakan
Tempat letak kereta percuma


*Menu rotates setiap hari
*Harga termasuk GST
Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Hubungi: +607 521 2121
Whatsapp: +6017 745 5776
E-mail: enquiry@pulaisprings.com
Tempahan korporat @ berkumpulan:
Hubungi: +607 555 4845

www.pulaisprings.com






9 comments:

  1. Kannn asam pedas dia sedap!!! Berbaloi beratur menunggu he h eh

    ReplyDelete
  2. suka kambing..kambing..pencuci mulut semua sedap2..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum seri...menangis la tengok gambo...hahahaha
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. uiii, ikan tu masa akak ambek gambar da ada hiasan cili2 ye..masa kami ambek, togel aje..hahaha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih