Assalamualaikum...
GENAP dua bulan, Sk dan beberapa orang lagi rakan sepejabat dihantar mengikuti Kursus Nutripot anjuran Jabatan Pertanian Johor yang diadakan di Masjid Larkin Perdana. Mula tu macam pelik jugaklah, nutripot? Apa tu? Rupa-rupanya satu kaedah baru penanaman pokok terutama pokok sayuran yang tujuannya untuk menjimatkan tenaga dan masa kita untuk membaja dan menyiram. Pendekkata, tak usah susah-susah sangat nak menjaga tapi insyaAllah, kalau betul kaedah kita, kita akan dapat pokok yang subur dan ada hasilnya.
Semasa kursus tersebut, kami telah ditunjuk ajar oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Johor, Encik Zainol Arifin tentang cara bagaimana penyediaan air baja, kaedah penanaman dan penjagaan. Sebenarnya kaedah nutripot ni sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana ia tidak perlu disiram dan dibaja sebagaimana kaedah penanaman yang biasa.
alaaaaa..ingatkan kalau berminat hubungi mak inche..hehehe
ReplyDeleteHahahahha.. Kalau nak beli terung boleh hubungi Mak Inche
DeleteCantik dan subur.
ReplyDeleteLepas ni bolehlah meniaga buah terung tu.
hi, mana boleh beli pasu putih ni
ReplyDeletemana beli pasu ni
ReplyDelete