CHEESE TART UNTUK OMMOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

OMMOL?  
Sebutannya Ummul tapi Sk tengok dalam 'phone book'telefon Iman,  Iman tulis Ommol,  hehehe.

Siapa Ommol?  
Ommol ni rakan sekelas Iman.  
Ommol suka meraikan kawan-kawan.  
Setiap kali hari jadi kawan-kawan,  Ommol akan rancang kejutan dan sanggup mengumpul wang belanja sekolah untuk merealisasikan hajatnya.

Semalam hari jadi Ommol.  
Beberapa minggu sebelum tarikh semalam tiba,  Ommol beberapa kali memberi hint kepada Iman.

Man,  nanti hari jadi aku,  aku tak nak kek tau!
Habis tu?
Aku nak cheese tart mak engkau.
Mak aku dah lama tak buat cheese tart.
Alaaa..  Aku rindu giler cheese tart mak engkau.  Aku nak tu aje.
Ialahhhh..  Kitorang pun rindu cheese tart mak engkau, Man (sahut kawan yang lain)

Beberapa kali Ommol sebut pasal cheese tart.  
Dahlah oven Sk tengah nazak,  nak buat cheese tart.  
Silap-silap tengah membako dia mams terus..  Hahahha.
Dan memang betul..  
Dah arwah pon...  Huhuhu.

Tapi..  Tapi...  Sk dah beli oven baru... 
Alhamdulillah.  Ada rezeki untuk Sk beli oven. 
Tu yang buat Tart Nanas Kiub tu.  
Dah..  Dah..  Jom buat Cheese Tart untuk Ommol plak!
Kalerpul kan..  Heheheh. 

Dah sebulan Sk beli crust tart rainbow ni dari kawan fb,  Idah.
Idah ni memang fulltime buat crust aje. 
Kalau nak beli crust Idah,  boleh dapatkan di mana-mana cawangan Mr Ingredients. 
Ada plain,  rainbow,  koko dan red velvet. Meriah oiii! 

Bersambung... 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah.. gebunya kak seri.. ada rezeki nanti nak order ngan kak seri la.. gebu gebas tu geram betul tengok..

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa jadi Ommol..nak jugaaaa..
    Kita kalau beli oven baru, mesti suhu lari huhuhuhu gerammm kita!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!