SOTONG BUTTER

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

MASAKAN yang belum jemu lagi tapi taklah boleh makan selalu maklumlah lemak dan kolesterol bertambah-tambah nanti,  hehehe.

Sotong dibersihkan dan dibedakkan dengan tepung goreng bestari,  Sk guna yang spicy. 
Tips supaya sotong goreng tidak lembik,  lap dahulu sotong dengan tisu dapur sebelum dibedakkan dengan tepung. 
Goreng dengan minyak yang cukup panas. 
Toskan di atas pengetos,  jangan tos di atas tisu dapur. 

Sosnya.. Tumis bawang putih cincang dan cili padi bersama butter,  masukkan daun kari. 
Masukkan susu cair dan serbuk lada hitam. 
Tambah sesudu kecil gula,  kacau sehingga mendidih dan berbuih-buih,  tuangkan ke atas sotong yang telah digoreng tepung tadi. 
Senang ya amat tapi leceh sebab nak kena goreng sotong dulu. 
Secara peribadi,  masak sambal sotong lagi senang,  kah kah kah. 


Sayur Baby Kailan bersama sotong jugak. 
Sotong semua bertelur dan tugas Sk makan semua telur sotong sebab tak ada yang suka. 
Kejam sungguh! 


Esok nak masak apa pulak??? 
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wowww menyelerakan, nanti nak cuba jugalah...Bersi-seri rumah baru, loading pun cepat...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum seri...wah !! sedapnya tengok menu sotong ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!