Sunday, April 8, 2018

MAKAN DI THE PLANETZ

Assalamualaikum...

CERITA beberapa minggu lepas, Sk sekeluarga ke Paradigm Mall semata-mata untuk makan di The Planetz yang dimiliki kakak ipar rakan sekerja Sk. Keinginan tu mencanak-canak bilamana rakan sekerja yang lain membuat posting di fb tentang The Planetz yang terletak di medan selera Paradigm Mall. 

Anda boleh memilih hidangan nasi goreng seafood atau daging.  Pilihan Sk, Stuffed Grilled Seabass Island yang merupakan hidangan nasi goreng dihidangkan bersama lobster saiz sederhana kecil yang dipanggang. Iman,  Stuffed Grilled Cheezy Volcano (Lamb)  manakala Encik Rizar memilih Original Set Beef. 

Setiap hidangan disertakan  dengan kacang panggang,  wedges potato,  salad dan coleslow.  Nasi goreng ada telur mata kobau. 

Harga berpatutan. 
Jom ke The Planetz
Paradigm Mall Food Court JB

Wassalam. 

2 comments:

  1. menarik betul persembahan makanan tu..ececeh..ni yang jugak teruja nak ke sana

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..