SDS 'MESSY BUN'

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

SDS sememangnya tidak asing lagi di kalangan penggemar roti dan pastri terutama warga Johor Bahru.  Macam Sk sendiri,  SDS adalah antara kedai roti yang menjadi pilihan walaupun dah pandai buat roti sendiri namun lain macam feel-nya bila kita beli dan terus nikmati, betul tak? 

Hari ini SDS telah membuat pra pelancaran produknya yang terkini iaitu Messy Bun. 
Wow!!  Let's get Messy


Bun yang mula menjadi kegilaan dan popular di Korea,  China,  Taiwan dan kini pastinya di Malaysia dan diilhamkan di Korea.  Haaa..  Apa saja yang berasal di Korea pastinya menjadi ikutan dan SDS ternyata tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti trend ini. 

Messy Bun merupakan Chocolate Croissant yang berintikan coklat,  disaluti chocolate ganache dan cocoa powder. 

Nak makan pun ada cara tau..  Haaa..  Jangan nak ngelat pulak. 
Pegang kedua-dua bahagian roti seperti gambar dan bahagian atas roti rapatkan ke muka..  Lepas tu ngaplahhhh! 

Alaaa..  Lupa nak snap gambar gigi Iman,  kah kah kah! 
Okey,  dulu korang buat Ramen Challenge kan..  Lepas ni korang buat Messy Challenge pulak.  Apa macam?  Ada bran??? 

Zulaikha dan Alisha pun nampaknya nak me'messy'kan diri tu. 
Orang tua pun suka coklat kan,  apa lagi budak-budak..  Hahaha. 

Anda bolehlah mendapatkan Messy Bun mulai hari ini (13 April 2018 sehingga 15 April 2018) dengan harga istimewa cuma RM3.00 saja tau di cawangan SDS yang terpilih sahaja di bawah iaitu :
SDS Kota Tinggi
SDS JB City Square
SDS Paradigm Mall JB
SDS AEON Mall Kulaijaya
FANPEKKA Cafe by SDS,  Taman Johor Jaya
SDS Plaza Pelangi &
SDS Giant Plentong

Cepat-cepat,  3 hari saja tau harga promo ni. 

Messy Bun akan mula dijual di semua cawangan SDS mulai 16 April 2018 dengan harga RM5.80 (ahli RM5.22)

SDS juga akan menganjurkan pertandingan
Let's Get Messy! 
Acara tersebut akan diadakan di Fanpekka Cafe by SDS,  Aeon Mall Tebrau City pada 
Tarikh : 15 April 2018 (Ahad) 
Jam 2 hingga 3 petang. 

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaha sporting betul Iman hahahaha Eemaknya ngelat taknak comot-comot hahahaha

    ReplyDelete
  2. emak2 semua nak control ayu taknak tunjuk comot.. haha.. anak2 jadi mangsa yg comot2.. haha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum seri...kesian Iman telah dimessykan...

    ReplyDelete
  5. ngelat banyak kak seri ni..mana aci messy kan anak..hahaha..sian dak iman

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!