AIS KEPAL MILO

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

SEJAK Mac lepas seingat Sk, Sk melalui hari-hari yang sibuk.  
Di kolej dan di rumah sama banyak kerja.  Itu Sk,  Iman pulak lain cerita. 
 Tahun ni penuh dengan aktiviti.  Nak kumpul sijil banyak-banyak katanya. 
Dari segala aktiviti koko,  sukan dan coral speaking,  semua disapunya. 
 Haaaa..  Iman tu nampak aje badan besar kan,  tapi aktif tau. 
Jadi,  setiap hari Iman balik lewat.  Jumaat Sabtu pun pergi sekolah.  
Bagi Sk,  selagi apa yang dibuat tu perkara yang mendatangkan kebaikan,  
Sk memang tak menghalang.  
Walaupun penat,  bertabah jugaklah mengharung kesesakan lalu lintas setiap hari.  
Maklumlah,  sekolah Iman bukannya dekat dengan rumah,  
nak tak nak kena tempuh jugak 40 km pergi dan balik.
Eh,  panjang pulak mukadimah Mak Inche hari ni,  kui kui! 
Padahal nak cerita pasal Ais Kepal Milo..  Kekekeke.


Haaa..  Inilah ceritanya. 
Iman kata, dia dah jumpa dekat mana jual Ais Kepal Milo yang sedap. 
Dalam pada dah tak mahu minum minuman bergula,  Sk kecurlah jugak.  
Mana taknya,  sejak awal tahun ni Sk dah mula ambil semula minuman bergula,  
kalau dah mula, alamat memang susahlah nak berhenti..  Aishhh!! 


Rupanya Ais Kepal Milo sedap ni dekat aje dengan sekolah Iman.  
Dulu pernah sekali Sk singgah sini minum cendol,  
sekarang dah tambah menu baru yang sedang viral,  Ais Kepal Milo. 
Terdapat dua topping untuk dipilih iaitu kacang dan oreo. 
Pilihan Sk kacang. 


Dan Iman pilih oreo. 
Sedap ke? Eh,  sedaplah terutama yang oreo tu,  manisnya hingga titisan terakhir. 
 Tapi yang kacang tu lama-lama tawar. 
Jadi,  kalau datang lagi pilihlah topping oreo. 


Ada goreng pisang jugak,  terkejut tengok saiz pisang yang besar-besar 
tapi dijual RM1 untuk 4 keping.. berbaloi-baloi! 

Lokasi : Rumah Mara,  Tampoi
(dekat dengan kawasan kedai2)
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pos sikit kak seri dekat kota ni..pagi-pagi dah nampak ais kepal pulak ha.mana nak cari dekat kota ni?

    ReplyDelete
  2. Kat sini pun ada jual, tapi belum pernah try.

    ReplyDelete
  3. nak upload jugak la entri makan ais kepal satu zaman dahulu..hahaha..yang depan masjid intan abu bakar sri pulai, akak pernah rasa? yang tu pun housemat cakap sedap..

    ReplyDelete
  4. Alamak....kenapa ku lihat macam sedap ajer...tp ngeri nak merasanya...tak manis ssangat ke SK?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum seri....fuyoooo kalau panas mmg sedap mkn ni kalau sejuk gigil juga la lepas mkn...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!