ICE BOWL IMPIAN EMAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

KALI kedua Sk ke Ice Bowl yang terletak di Taman Impian Emas, JB.  Kali ni datang dengan anak-anak pula.  Hahaha..  Mesti ada yang pelik tetiba jer Sk sebut anak-anak.. Ialah,  selalunya cerita pasal Iman ajer kan..  Hehehe.

Set waffle yang menjadi pilihan kali ini. 
Pilihan Iman,  kiri atas iaitu Waffle Delight.
Yang sebelah kanan atas,  pilihan Indah,  Strawberry Waffle. Bawah kiri,  Sk punya iaitu Dragon Fruits Waffle,  bawah kanan pilihan Izzat,  Chocoberry Waffle. 
Sk suka sangat waffle di Ice Bowl ni sebab gebu dan tidak lemau walaupun bila aiskrim tu dah mencair. 

Haaaa.. Best dapat bawa budak kenit ni.  Riuh rendah jadinya dengan keletahnya bila mula-mula disuapkan dengan Snow Ice. 
Terpejam-pejam mata menahan sejuk lepas tu dia yang paling laju mencedok snow ice,  hehe. 
Izzat,  Iman dan Indah. 
Seorang lagi,  Ilham tak ada sebab sekolah sesi petang. Tahniah untuk Izzat yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.  Semoga Iman dapat menurut jejak langkah kejayaan Izzat nanti. 

Mesti datang lagi dan lagi dan lagi! 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waaa nak cub gak laaa..
    Tak pernah lagi drop by...

    ReplyDelete
  2. uih...meleleh tengok ni..jom ramai-ramai datang sini

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!