BISKUT SUSU VIRAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

DAH lama nama biskut ini viral di lama sosial,  hari ni cuba try test untuk projek Sabtu ini. Apa projeknya?  Tungguuuuu..

Resepi ini boleh dapat lebih kurang 50 biji biskut.  Jom semak bahannya yang telah dikurangkan setengah adunan dari resepi asal. 

Resepi Biskut Susu Viral

64 gm mentega
100 gm susu pekat
200 gm tepung jagung
2 tbsp susu tepung

Cara :
Ayak bersama tepung jagung dan susu tepung.  
Masukkan susu pekat,  gaul dan ramas dengan jari sehingga sebati. 
Masukkan mentega,  gaul dan ramas dengan jari hingga menjadi doh yang tidak melekat. 

Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan bentukkan. Hiaskan dengan coklat chips. 

Boleh juga canai doh dan terap dengan bentuk disukai atau bentukkan mengikut citarasa 
Bakar dengan suhu 160 darjah selsius selama 25 minit.
Siapppp!! 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. amboi amboi..menggoda betul tengok alien2 ni..nak tester kak seri..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Eeh takut pula nak ngap kepala2 elien tu.

    ReplyDelete
  3. ahahahhahaha...sampai bila2 saya akan terus terhibur dengan biskut ni...yang sebiji tu kemain tergolek dog kat situ..kawan kat belakang dia marah, "hey jangan tido!!!" XD

    ReplyDelete
  4. Ha ha ha cute sangat tau! Raya nanti nak buat laa, saje buat geli-geli he he he

    ReplyDelete
  5. kenapa comel sangat eh biskut ni.tahun ni tak taulah ada hati ke tak nak buat biskut raya...hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!