Assalamualaikum...
DUA hari berturut-turut masak Udang Galah yang dibeli dari Rompin, Pahang ini. Apa tidaknya, yang seorang nak makan masak sambal, yang dua orang nak makan masak lemak cili api. Walaupun 1 lawan 2, 2 menang, tapi sebab yang menang 1 undi tu yang membayar, maka yang menang 2 undi tu terpaksalah mengalah, kah kah kah.
Menurut makcik yang menjual udang galah ini, ini adalah udang galah liar yang dipancing di sungai bukannya udang galah yang dibela. Sebab tulah harganya berganda dari udang galah yang biasa dijual di pasar. Pasal nampak Encik Rizar tu teringin sangat maka Sk setuju untuk dia membeli. Nampak tak kuasa seorang menteri kewangan rumahtangga di situ.. Hahahaha.
Tak tahulah sekarang ni memang macam tak suka nak makan apa sahaja yang dimasak sambal. Tapi terpaksalah makan aje.. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Untuk mengubat tekak yang kecewa, Sk masak Sotong Butter.
Puas makan dua-dua lauk dan semua berpuas hati sebab ada lauk kegemaran masing-masing.
Tayangan langsung dari periuk.. Hahhaa.
Udang Galah Masak Lemak Cili Api yang pedas meletops opocot!
Laku keras, sekali masak terus licin.
Dengan nasi dalam periuk pon wassalam.
Burpppp! Alhamdulillah.
kalau udang galah liar memang sedap.
ReplyDeletetak lawan udang galah bela.
Tapi harganya ya ampun.
memang berbeza sekali rasanya
Deletenak jadi anak angkat SK lah macam gini..boleh request makan macam2 ahahaha
ReplyDeletealamak, terasa tualah pulak, hihihi
DeleteNasib bak dah elok kecik, kalau tak melingkauu udang penuh skrin ...kecurrrrrr
ReplyDeletehahahah.. malas tol nak buka pc skrg ni
DeleteYa allah..terujanya SA...sedappppp
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap semuanya. Sk masak, kannnn, hehehe
Delete