Assalamualaikum...
KITA cerita pasal makan lagi. Kali ini Sk akan bawa anda ke The Garage, KL yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur. Amboiii... Jauh makan kali ni na.. Hehehe.
Rasa Sk, The Garage ni memang agak popular juga di kalangan warga Kuala Lumpur.
Konsepnya sama seperti kebanyakan cafe hispter lain yang menggabungkan beberapa konsep dalam satu bangunan.
Ada workshop dan ada barber shop.
Kalau di JB ni, ala-ala Drop Off Industri cafenya tu.
Kan dah cakap, Sk tekak German, hehehe.
Disebabkan belum tau bila boleh datang lagi, maka Sk mengambil pendekatan berkongsi. Pilih menu lepas tu mintak pinggan lain.
Atas sekali kiri tu ialah appetizer iaitu Cheezy Bolognese Fries. Ia adalah gandingan kentang goreng yang dihidangkan bersama sos bolognese dan diselaputi mozarella cheese.
Antara hidangan yang dikatakan menjadi pilihan ramai pengunjung.
Sebelahnya, pilihan Encik Rizar iaitu Gaffe Beef Wrap. Inti yang cukup padat dibalut dengan kepingan roti totilla dihidangkan bersama salad. Ini kita tumpang geget sikitlah, huhu.
Gambar di bawahnya, Lasagna Pilihan Iman.
Memang favourite Iman sekarang suka makan lasagna. Nak tebalkan lemak katanya.
Dan akhir sekali tu, Spaghetti Salted Egg Prawn. Haaaa.. Inilah yang mencetuskan semangat Sk masak Salted Egg Spaghetti hari tu. Jatuh cinta pandang pertama gituuuu.
Sambil menjamu selera, ada pula halwa telinga. Happening sungguhla suasana di sini.
Nanti kita pergi lagi eh!
sesekali dapat layan menu hispter ni sedap gak.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
ReplyDeletewow..lazatnya semua makanan tu ye mak inche...terus kelaparan pepagi ni tengok makanan..
ReplyDeleteMenyelerakan sekali ..bole cuba ni kalau ke Key Yel heheheh
ReplyDelete