MAKAN SATAY HOUSE

Assalamualaikum...

KELMARIN,  Sk sengaja tidak mahu memasak.  Penat tu satu,  yang kedua jemu nak makan masakan sendiri. Tapi yang utamanya malaslah kan.  Dalam malas-malas tu,  rajin pulak keluar rumah semula untuk ke pasar malam.  Masa nilah boleh makan macam-macam.  Laksa Johor,  Nasi Lemak,  Nasi Kerabu,  Ayam Panggang dan Murtabak.  Beli vadai pulak untuk kudap-kudapan dan air kelapa sebagai penghilang dahaga.  Sekali sekala bolehlah kan..


Masa balik tu,  lalu pulak depan Satay House.  
Restoran yang menjadikan sate sebagai signature hidangannya ni baru dibuka.
Setiap kali lalu di hadapan Taman Teratai mesti perli Encik Rizar,  kalau Sate Zul di Kuantan tu sanggup pulak datang jauh-jauh.  Ni kedai sate depan mata tak mahu beli,  hehehe. 
Jadi,  berbalik cerita balik dari pasar malam tu,  ER nak singgahlah beli sate,  nak rasa. 
Amboiii..  Habis makanan yang beli kat pasar malam ni siapa pula nak makan? 
Lagipun Sk kalau dah ada makanan lain,  memang tak makan sate dah kecuali jamah-jamah.  
Kalau nak makan betul-betul,  kena makan sate betul-betullah.  
Tak payah ada makanan lain. Haaaa..  Gitu prinsipnya,  kekeke. 


Dan semalam,  akhirnya Sk dan ER singgah juga makan sate di sini. 
Ada dua kategori sate di sini iaitu Sate Johor dan Sate Kajang. 
Setiap satu ada sate ayam dan daging. 
Ada sate kambing jugak bagi kategori Sate Johor. 
Tapi semalam Sate Johor semua dah habis kecuali sate kambing.  
Jadi,  kami pesan Sate Kajang ajelah dan lima cucuk sate kambing. 
Sate Kajang ni harganya RM1secucuk.
Bagi Sk,  sate kajang tu berbaloi jugaklah macam sate kajang yang biasa Sk makan sebelum ini cuma ada secucuk dua yang agak liat dagingnya.  
Nak tak nak kena buang la..  
Kalau layan kunyah ada tersengkang kat tekak..  Kah kakah kah. 


Lima cucuk sate kambing. 
Tak terluah dengan kata-kata melihat keseliman sate kambing yang berharga RM1.50 secucuk ni. 
Rasa dia,  oklah..  Ada rasa rempah.  
Bukan rasa kicap semata-mata.
Kuah kacangnya Sk suka.. Ada kacang yang dipecah-pecah dan cukup empuk dimasak. 

Untuk keseluruhan Sk bagi 3.5 bintang. 

Satay House
Taman Teratai (menghadap jalan besar) 

3 comments:

  1. mahal juga ye secucuk rm1.00, tempat kita masih lagi rm0.60 kak. siap boleh pilih kedai yang jual sate kembung-kembung. tak nak yang slim-slim..hehe

    ReplyDelete
  2. Terliurr di buatnyaaa..nsb bru lepas menyendol hahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnya sate..teringat kat double tree...sedap kan...

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..