POPIAH KETAM BERKEJU

Assalamualaikum...

Tekak teringin nak makan Popiah Ketam tapi Iman kata,  buatlah popiah cendawan yang viral tu.  Eh,  tak tahu pulak ada popiah viral, huhu.  Lama tak layan resepi viral,  hehehe. 
Sk memang tak kuasa bab masak melebih-lebih ni.  Walaupun mushroom soup dalam tin memang sentiasa ada,  tapi sayang pulak nak buka. Teringat pulak ada lebihan sos carbonara dalam peti sejuk lalu dapat idea guna sos carbonara aje. 
Sayur yang ada cuma carrot dan daun ketumbar.  Sk bentangkan popiah,  letak satu sudu sos carbonara,  letak carrot disagat,  tabur daun ketumbar dan letakkan cheddar cheese.., gulung.  Goreng guna api perlahan. 
Fullamakkkk!  Berkeping-keping suap ke mulut tak sedar,  hehehe. 
Sos carbonara yang Sk guna. 
Boleh dapatkan di pasaraya berhampiran anda. 

Wassalam. 

2 comments:

  1. EWrmm sedapnyaaa lahai. Nanti nak cuba gak..
    Pstt mesti up guna hp ni, sebab gambo besauu heheheh

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih