RESEPI IKAN PANGGANG KUALI YANG SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum...

SEJAK kebelakangan ni,  Sk sekeluarga dah jarang sangat makan di luar.  Walaupun diulang-ulang lauk yang sama,  namun Sk lebih rela memasak dari bersiap-siap untuk makan di luar.  Tambah lagi Iman selalu tak nak ikut,  banyak kerja rumah la..  Malas nak pakai baju la..  Hahaha.  Macam duduk kat rumah tak pakai baju aje bunyinya tu kan,  hihihihi.

Tapi ada masanya memang terpaksa jugaklah makan di luar,  tu kira memang dah boring tahap gaban la makan lauk yang sama,  kih kih kih.  Eh,  Sk belum cerita lagi pasal dapur baru kan.  Haaa..  Dah ganti dah dapur yang pecah hari tu.  Kali ini kami sebulat suara memilih dapur stainless steel.  Walaupun tak secantik dapur kaca,  tapi keyakinan nak memasak tu levelnya paling tinggi,  hihihi.  Trauma kot dengar dapur orang sana sini pecah.

Disebabkan Iman kata bonda asyik masakkan makanan kegemaran babah aje,  jadi semalam Sk merajinkan diri untuk memasak satu lauk lagi untuk Iman.  Alah,  yang sebenarnya lauk Encik Rizar tu Sk cuma nak perangat lauk kelmarin,  koh koh koh.  Jadi kiranya tambah satu lauk lagilah..  Ini lauk yang ER tak makan,  sebab tu jarang-jarang muncul,  kui kui.


Ikan Panggang Kuali,  
lauk yang selalu menjadi pujaan hati Sk. Cara masaknya samalah macam kita masak asam pedas cuma kita letak santan dan dimasak agak pekat. Sebelum Sk kongsi resepi,  Sk nak kongsikan tips memasak dengan cepat terutama bagi kita-kita yang bekerja ni iaitu menyediakan pes cili bawang.  Sk dah beberapa kali kongsi sebenarnya,  saja nak kongsi lagi sekali..  Errr..  Macam tak ada kerja aje yek..  Huhu. 

Pes Cili Bawang
100 gm cili kering,  dicuci bersih dan rebus hingga lembut
12 - 15 ulas bawang kecil 
* Masukkan cili dan bawang dalam jug blender. 
Masukkan air paras 3/4 cili dan bawang tadi. 
Tambahkan minyak masak separas dengan cili & bawang. 
Kemudian kisar hingga halus. 
Sedia digunakan mengikut keperluan. 

Resepi Ikan Panggang Kuali

3 - 4 ekor ikan kembung atau beberapa keping isi ikan tenggiri
*perapkan ikan dengan kunyit dan garam,  goreng hingga masak. Ketepikan. 

Bahan kuah
1 batang Serai diketuk
1" halia diketuk atau hiris
1 senduk pes cili bawang 
1 cawan santan sederhana cair
Sedikit santan pekat
2 asam keping atau sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Daun limau purut (optional) 

Dalam kuali,  panaskan minyak masak. 
Masukkan serai dan halia.
Masukkan pes cili dan bawang.
Tumis sehingga pecah minyak. 
Masukkan sedikit air asam jawa,  kacau sebati. 
Atau boleh gantikan dengan asam keping. 
Masukkan santan sederhana cair. 
Kacau selalu hingga mendidih. 
Masukkan sedikit santan pekat. 
Kuah hendaklah pekat.
Masukkan daun limau purut. 
Kacau lagi sehingga mendidih dan sebati. 
Letakkan sedikit garam. 
Masukkan ikan goreng tadi. 
Kacau sekejap..  Siapppp!! 

Pes cili bawang tu hendaklah simpan dalam chiller tak perlu dibekukan. Ambil secukupnya guna senduk yang bersih setiap kali hendak memasak.  La ni,  Sk masak kari pun guna pes cili tu jer tau.  Suka buat banyak-banyak dan letak bawang banyak,  sedappppp!! 






Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!