BURASAK DAN ASAM PEDAS IKAN PARANG

Assalamualaikum...

SIAPA penggemar burasak di sini?
Walaupun Sk bukannya orang Bugis,  tapi burasak ni memang dah jadi kegemaran Sk dan Iman.  Encik Rizar jangan cakaplah,  dia memang tekak lain sikit.  Kalau sesuatu yang tak biasa dia tak berapa nak makan sangat.

Burasak ni Sk tempah dari seorang pembantu am di kolej Sk.  Ceritanya,  dalam satu majlis pot luck,  kakak ni bawa burasak.  Katanya malam sebelum pot luck tu,  rumahnya ada kenduri dan tulah diangkutnya burasak tu.  Bila makan,  Sk suka pulak.  Walaupun tidak dibungkus berlapis-lapis dengan daun pisang muda seperti yang biasa Sk makan sebelum ni,  tapi Sk suka sebab ia tebal dan lemak.  Sekarang ni kalau jumpa burasak bukan main nipis lagi orang jual.  Ke..  Memang burasak tu nipis?  Entahlah..  Sk tak berapa belajar kaedah membuat burasak ini.  Kalau ada sesiapa yang pakar dan sudi tinggalkan komen,  amatlah Sk alu-alukan.

Sengaja Sk minta kakak tu buatkan burasak untuk makan-makan di rumah kakak.  Sampai aje sana,  Sk terus sinsing lengan masak asam pedas ikan parang.  Haaaa..  Ini baru kawwww!

Cuma ketupat loi/ luweh aje belum jumpa lagi.  Mana nak cari??? 

4 comments:

  1. Sedapnyaaa, kita pun suka Kak..Kalau pergi Pontian, kalau jumpa mesti kita beli, lepas tu balik masak asam pedas sendiri..yumsssss

    ReplyDelete
  2. Assalam...Selalu burasak klau buat sendiri memang suka buat tebal sikit baru berasa bila makan, tapi orang berniaga ini mungkin sebab faktor costing kot.

    ReplyDelete
  3. Kalau cari lepat loi, jalan nak pergi pontian dekat simpang nak ke Parit Selangor

    ReplyDelete
  4. ain tak reti makan burasak ni tapi asam pedas tuhhhh...ya allah mengancam betulll

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..