MAGNUM CHEESE TART WITH NUTELLA FILLING

Assalamualaikum...

DAH jarang sangat buat Cheese Tart ni sekarang.  Sk minta maaf jika ada sesiapa yang terpaksa Sk tolak permintaannya.  Bukan apa,  Sk takut tak sempat nak siapkan.  Walaupun boleh aje Sk paksa diri untuk buat tapi semangat Sk dah tak sama macam 5 - 6 tahun lepas.  Sanggup berjaga sampai 2 - 3 pagi untuk menyiapkan tempahan cheese tart sedangkan esoknya perlu keluar awal untuk bekerja.

Dalam pada tu,  Sk ada jugaklah buat sikit-sikit terutama dari rakan sekerja.  Kalau setakat nak sekotak dua tu insyaAllah,  lagipun Sk tak perlu nak menghantar,  kawan sekerja ajekan. Macam minggu lepas ada kawan Sk yang sedang hamil nak sangat makan nutella cheese tart.  Jadi,  Sk kuatkan semangat untuk buatkan lagipun tak banyak,  bolehlah.. Tambah sikit untuk makan sendiri,  dah lama tak makan cheese tart dengan inti nutella,  sedap nak mams..  Memang khayal kalau makan nutella cheese tart ni,  hahaha.


Magnum Cheese Tart ni sedang viral di laman maya,  kan.  Kebetulan petang semalam nampak seorang rakan fb post gambar MCT ni,  maka Sk pun terus tunaikan hasrat tekak sendiri malam tadi. Iman makan sampai berjoget-joget.  Astaghfirullahalazim..  Hai anakku..  Huwa huwa huwa. 


Untuk resepi Cheese Tart,  anda boleh gunakan mana-mana resepi tart gebu yang anda pelajari sebelum ni.  Kalau nak montok,  Sk dah banyak kali kongsikan tipsnya tu kan.  Jadi,  kali ni Sk akan kongsikan cara nak salut coklat pada cheese supaya jadi macam Aiskrim Magnum tu.  


Sk gunakan kaedah Choco Top iaitu mencelupkan bahagian krim ke dalam coklat cair.  Sk gunakan chocolate milk compound beryls coin. 

Magnum Cheese Tart
200 gm Chocolate Milk Compound Beryls 
Air panas mendidih. 

Letakkan chocolate dalam mangkuk besi yang kering. 
Letakkan mangkuk mengandungi coklat ke atas periuk yang mengandungi air panas mendidih. 
Saiz mangkuk hendaklah lebih besar dari periuk. 
Kacau sehingga coklat cair dan licin. 
Tunggu suam sebentar. 

Sejukkan cheese tart dahulu sebelum dicelup dalam coklat. 
Pegang crust cheese tart dan celupkan bahagian permukaan cheese sahaja ke dalam coklat cair. 
Angkat dan letak atas redai atau tray. 
Hiaskan memgikut citarasa. 

Selamat mencuba!! 

8 comments:

  1. ya allah, sewaktu membaca ni,,,perut ain tetibe berkeroncong....hahahhaa...sedapnyaaaa woii...

    ReplyDelete
  2. suzie dh tau dh cara buat nya..tapi xde mood lagi la mak inche nak buat..bg semngt nak buat mak inche pada suzie..biar rajin sikit..😅😅

    ReplyDelete
  3. menggodanya.. sila buat lagi..

    ReplyDelete
  4. peh..sedap betullah...nak sikit please

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa, kita nak order ya hehehehe

    ReplyDelete
  6. Tqvm sis. Wah TD baru tgk resipi red velvet cheesetart. Google2 lg jumpa yg ni pule. Tqvm again share resipinya

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih