MEMENUHI UNDANGAN MAMA MASZULL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MEMENUHI UNDANGAN MAMA MASZULL

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH..  BERTEMU JODOHNYA
BERKAT KESUCIAN AKHIR TERLAKSANA... 

Cewahhh... Nyanyi pulak kita,  kan. 
Kisah Jumaat lepas,  memenuhi undangan walimatulurus
Blogger Mama Maszull sekeluarga di teratak indah mama yang terletak di Taman Pulai Perdana. Jarang sekali sekarang orang buat majlis kahwin di rumah di sebelah malam, kan.  Kalau majlis resepsi di hotel tu biasa. Tapi menurut mama,  dah menjadi kebiasaan di taman perumahan mama ni majlis perkahwinan dibuat di sebelah malam. 
Ini bagi membolehkan ramai jemputan dapat menghadirkan diri memandangkan cuti hujung minggu yang tidak sama antara satu dengan lain.  Jadi,  nak senang buat malam. 

Semasa Sk sampai,  rupanya belum ada lagi geng blogger #teamjdtblogger yang dah sampai. Selepas berjumpa dengan suami dan anak mama,  barulah Sk mengambil makanan.  Mama sibuk menguruskan pengantin masa tu katanya. 


Juadah yang disediakan malam tu agak rare jugak tau sampai ada orang tu siap bertambah sebab sedap katanya.. Hihi. 
Memang diakui sedap..  Daging Blackpepper dan Ayam Bakar Bersos.  Sk suka ayam tu sebab lembut sangat.  Nasi pun sedap.. Minum pulak Teh O panas dengan karipap lagi..  Nikmat oiii. 


Ambil gambar dari tepi jer. 
Selamat Pengantin Baru untuk Lynn dan Salleh.
Jangan gaduh selalu,  sekali sekala tak apa,  hehehe. 


Bila semua dah berkumpul cepat-cepat ambil tempat di photobooth yang disediakan. 


Terima kasih mama kerana sudi jemput Sk le majlis ini. 
Suka tengok perkarangan rumah mama ya g dihias sendiri mama yang memang rajin dan kreatif ni. 


Last kopek sebelum balik. 
Sempat lagi wefie..  Hahahaha. 

Jumpa lagi di cerita yang lain pula nanti. 
Wassalam. 

5 comments:

  1. Eh kita tak tau ada karipap, ke dah habis ek..
    Betul, daging dia sedap! Nasib kita amik banyak hahahaha..

    Alhamdulilah, tahnia buat Mama dan anak mama..

    ReplyDelete
  2. orang yang bertambah tuh macam kenal je siapa.kihkihkih..hahahaa...

    ReplyDelete
  3. tak sempat snap gambar pengantin malam tu....

    ReplyDelete
  4. ayam bakar bersos tu x dapat rasa.. penuh photobooth dgn jdtblogger je.. haha

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru mama
    eh selamat terima menantu baru mama

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih