SIAKAP SEEKOR MAKAN BERDUA

Assalamualaikum...

TIGA hari ini,  Iman ada program di Universiti Putra Malaysia,  Serdang. Bermakna hujung minggu ini Sk dan Encik Rizar cuma tinggal berdua di rumah. Ingatkan bolehlah lepak-lepak jer sebab tak perlu hantar Iman ke tuisyen tapi ada jugak program yang menanti.  ER dengan halnya dan Sk dengan hal Sk,  sama-sama bawa dirilah nampaknya,  hihi.
Memang dah beberapa hari ni ER menyebut-nyebut nak makan Siakap  Rahmat di Kg Pasir Putih, Pasir Gudang.  Tapi disebabkan Iman ada kelas tambahan pagi setiap Jumaat dan Sabtu jadi Sk takut nanti dia mengantuk. Pasir Putih tu pulak bukannya dekat.  Sebab tu sekarang ni dah jarang sangat makan di luar memikiokan esoknya nak kena sekolah.. Hihi.  
Kalau dulu,  Siakap Rahmat ni cuma beroperasi hingga jam 3 petang tetapi kini dah buka sampai malam tau.  Sk pun tak pasti sejak bila Siakap Rahmat menambah masa operasi.  Yang tahu pasal ni ER tu la..  Dia kan sejak dulu memang rajin bebeno eksplor halaman-halaman pasal makan ni. Kiranya blog makan Sk ni sebenarnya bertitik tolak dari hobi ER jugak tu. 
Haaa..  Baru faham bahawa di sini ada dua waktu beroperasi iaitu sesi pertama 10.30 pagi hingga 3.30 petang dan sesi kedua dari 6 petang hingga 11 malam. 
Di sebelah malamnya ada pakej Seafood Lambak tau ala-ala Shell Out tapi kita boleh pilihlah nak siakap, udang,  ketam,  kupang,  siput dan sotong dan ada saiz hidangan yang amat berpatutan harganya. 
Datang sini tak lain tak bukan mestilah nak makan siakap goreng. RM30 bagi seekor siakap saiz sederhana tapi bagi Sk agak besar jugak siakap ni sebab isinya tebal.   Ya...  Memang simple jer nak goreng sendiri siakap macam ni kat rumah tapi Sk tak sanggup nak guna minyak masak penuh kuali untuk menenggelamkan seekor siakap,  hihi.  Sesekali nak jugak enjoy makan ada yang masak dan hidangkan tambah lagi ada yang belanja,  kahhhhhh. 
Disebabkan tak ada Iman maka Sk lah yang terpaksa meratahnya sehingga tinggal sisik dan tulang sahaja. ER tu dia kata aje nak makan bebeno tapi kalau dia kata dah tak nak,  takkan nak membazir begitu sajakan.  Bayar ni!  Hahaha. 
Udang Goreng,  seekor dah kena kebas,  hihi. 
Udang ni ada dua saiz,  yang ini saiz kecil 5 ekor RM10.50. Bolehlah,  besar-besar jugak udangnya dan masih segar lagi. 
Siput Sedut Cili Padi juga dalam dua saiz. 
Yang ini saiz kecil RM5 sahaja.  Walaupun masak cili padi tapi tak pedas pun kalau tal mahu tebal bibir macam Angelina Jolie,  hihi. 
Saja letak gambar yang blur, jangan marah ek. Ini Kailan Ikan Masin,  sepinggan RM5.
Siakap Rahmat ni tak silap dah beroperasi sejak tahun 1985 dan tak perlu diperkenalkan lagi.  Bukalah berapa buah pun restoran siakap goreng namun Siakap Rahmat masih mengekalkan keasliannya dan trademark siakap goreng yang tiada siapa dapat mengatasi popularitinya. 
Apa yang menariknya,  Siakap Rahmat masih menggunakan pinggan kaca untuk menghidangkan lauk pauk dan nasi kepada pengunjung.  Ada jugalah guna pinggan plastik macam pinggan hidang yang besar atau pinggan ulam dan sambal belacan. 
Ulam-ulaman timun dan kacang panjang dicicah dengan sambal belacan.  Satu set ni RM3. Mula ingatkan ada ulam daun-daunan rupanya tak ada jadi lain kali kalau datang tak naklah minta ni lagi,  hihi. 
Nahhhh..  Menu di Siakap Rahmat bagi anda yang mungkin tak pernah berkunjung ke sini atau yang dah lupa harga makanan di sini.  
Siakap Rahmat dibuka setiap hari kecuali Jumaat.  Untuk datang ke sini tak susah pun,  anda cuma perlu menuju ke Johor Port Pasir Gudang dan Kampung Pasir Putih terletak di persisiran pantai. Siakap Rahmat ni kiranya restoran terbuka atas air jadi boleh makan sambil menyedut bau laut dan ditiup angin laut..  Baru ada feel gitu..  Hak hak. 
Ini dia duta Siakap Rahmat.  Tengok bukan main kuang hajau kakinya tu kann.. 
Hahahahah. 

Sehingga bertemu di cerita makan yang lain. 
Angkat tangan siapa yang berjaya membaca sampai habis!

Yeyyyy!! 

4 comments:

  1. Meriah menu tu SK..
    Sedap mknn kampung ni..
    Hendaknya siput sedut tu..

    ReplyDelete
  2. Pak incik sudah slim. TV sudah gantung?

    ReplyDelete
  3. Maaf saya terfokus kat gambar last sekali. Kaki kucing tu elok je parking kat situ haha.

    ReplyDelete
  4. hahahhahaaaa.a..kucingg tuh main kasaqq nampak ..hahhahaa..amboi jauhh kak serii jjcm sampai ke pasir gudang ...

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..