ASAM PEDAS DAGING - Alam Sari Di Tanah Jauhar

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum...

"AKU pelik betul dengan orang Johor ni.  Semua benda nak masak asam pedas," kata seorang kawan sekerja Sk suatu masa dahulu yang berasal dari Perak.

"Ikan dah masak asam pedas,  ayam nak masak asam pedas,  daging pun nak masak asam pedas," dia bercerita sambil mengembang-ngembangkan jarinya mengira satu persatu hidangan orang Johor yang dimasak asam pedas. 

Kelakar tengok gelagatnya yang nampak tak berpuas hati langsung masa tu.  Apa tidaknya,  berkahwin dengan orang Johor kenalah hadap masakan orang Johor selalu, hihihi.

Asam Pedas orang Johor memang agak istimewa.  Kalau di rumah Sk ni,  tulang lembu pun laku keras kalau dimasak asam pedas.  Kalau tak ada idea nak masak ayam,  kita asam pedaskan aje dia.  Macam malam tadi,  tak ada idea dah nak dijadikan apa daging nan seketul dalam peti ais,  senang..  Kita asam pedaskan aje. 

Untuk asam pedas daging,  Sk akan masukkan daun limau purut bagi membangkitkan rasa. Daun limau purut hendaklah disiat-siat sebelum dimasukkan ke dalam kuah asam pedas yang sedang mendidih untuk menambahkan aroma. Memang selera bertambah tiap kali makan asam pedas,  perut kenyang pun boleh lapar kalau ingat asam pedas,  tak gituuu?


Kali ini masak daging tak guna periuk noxxa. 
Iman kata,  tak best nanti dagingnya macam reput,  hahahha. 

Asam Pedas Daging
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang serai diketuk
1/2" halia hiris kasar
2 senduk cili kisar bersama bawang merah
1 cawan air
1 asam keping
3 - 4 helai daun limau purut disiat2
Garam secukup rasa

Panaskan minyak masak
Masukkan serai dan halia,  kacau sekejap. 
Tumis cili dan bawang kisar hingga pecah minyak,  hendaklah dikacau selalu supaya tidak hangus. 
Tambahkan air sedikit,  tumis lagi. 
Masukkan daging,  kacau sekejap. 
Masukkan air,  didihkan hingga daging empuk barulah dimasukkan asam keping,  garam dan daun limau purut. 
Masak lagi hingga kuah mendidih dan pekat. 
Siapppp!! 

6 comments:

  1. hahhahhaa,, orang johor memang semua nak di asam pedas kan .hhahahhaa...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi share resepi, saya takpernah lagi cuba masak asam pedas. kena cuba ni

    ReplyDelete
  3. Silau mata kita laaa, sejak asyik pegang kain je mengekap hahaha
    Lama x masak daging asam pedas, kecurrr uiiii

    ReplyDelete
  4. orang johor mana la boleh berjauh dgn asam pedas hehehe

    ReplyDelete
  5. bestnya...lama tak buat daging masak asam pedas ni...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih