THE FIRST INDOOR MUSICAL CIRCUS IN MALAYSIA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

THE FIRST INDOOR MUSICAL CIRCUS IN MALAYSIA


Assalamualaikum…

Sabtu lepas, Sk dan team JDT Blogger berpeluang menonton The First Indoor Musical Circus In Malaysia yang dibawakan oleh MCM London Musical Circus di Capital City, Johor Bahru.

Capital City merupakan bangunan mall yang terletak di persimpangan bulatan Damansara Aliff, Tampoi dan Bandar Baru Uda yang belum dibuka lagi ya, jangan salah faham.
Yang ada sekarang di sana cuma pertunjukan sarkis ni sahaja.


Ini bukan pertama kali Sk menonton sarkis secara live, pengalaman menonton sarkis pernah Sk ceritakan dalam entry di sini sebelum ini.

Tetapi untuk pertunjukan indoor ini yang pertama kali.
Tempat duduk pun lebih selesa dan rasa lebih selamat berbanding duduk di dalam khemah atas bangku tenggek ayam, hehehe.



Kali ini Iman minta untuk bawa rakan sekolahnya, Ayuni.
Jadi, sebelum ke Capital City kita pergi jemput Ayuni dulu.

Disebabkan ini hari pertama Capital City dibuka kepada umum dan tentulah kali pertama juga Sk datang dan memandu sendiri, hati sedikit risau dan gemuruh tapi mujur ramai petugas bersedia membantu menunjukkan tanda arah ke tingkat parkir.

Kawasan parkir yang luas dan jalan mendaki yang landai memudahkan perjalanan untuk naik ke atas.


Persembahan pertama dan Ayuni terus memeluk lengan Iman sebab takut tengok orang tinggi tu, haha. Ini kali pertama Ayuni menonton sarkis secara live.

Capital City dipilih sempena memperkenalkan sarkis muzikal pertama di Malaysia sempena ulangtahun ke 250 persembahan sarkis di dunia.


Pertunjukan perdana MCM London Musical Circus pada hari itu telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Amran bin A. Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Mohammed Ridha bin Dato' Haji Abd Kadir serta disaksikan oleh ramai lagi pegawai kerajaan, rakan kongsi, wakil media dan para jemputan.

Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam mencipta pertunjukan hebat di Eropah dan Asia Tenggara, para penerbit dari MCM Studio Entertainment Group Sdn. Bhd. dan Big Kid Entertainment Group membawa pelbagai konsep yang mengujakan dan mengagumkan, khas untuk persembahan sarkas muzikal di Johor Bahru. Professional sarkas antarabangsa yang terlibat dalam persembahan adalah daripada UK, Russia, Chile, Venezuela, Mexico, Bulgaria dan USA.


Pertunjukan sarkas muzikal ini akan dipersembahkan setiap hari di Capital City pada masa yang berbeza sepanjang minggu. Bagi yang ingin mendapatkan tiket ke pertunjukan MCM London Musical Circus, boleh lah membelinya sekarang dengan tawaran menarik sehingga September 2018, beli 1 tiket PERCUMA 1! Siap ada  special price setiap hari Selasa tau.


Pengalaman menonton sarkis secara live tentunya satu yang mengujakan terutama di kalangan anak-anak. Sk yang dah remaja purba ni pun tak henti bertepuk dan bersorak setiap kali melihat  mereka beraksi dan melompat buaian. Kagum dengan kemahiran artis sarkis ni kalaulah Sk dah lama terbongkang tertiarap dekat situ, kahkahkahkah. 


 Ini antara aksi yang paling menggerunkan dan merupakan puncak persembahan.



Jom Tonton Sarkis Jom!!

MCM London Musical Circus
Level 8, Capital City, Tampoi, Johor Bahru
Online ticket: www.greatestshowman.net
Offline ticket: Kaunter belian tiket di Capital City
Hotline: 016-4071880
Inquiries:
info@mcmstudio.asia
Facebook:
Instagram:
Tel: +607-238 6622 / 232 1718
Fax: +607-236 3322

2 comments:

  1. Comel betul gambar kita berdua tu kann hehehe...
    Tak sabar nak tengok untuk kali kedua pulak hehehehe

    ReplyDelete
  2. memangggg bestt betulll sarkisss ni kannn....

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih